Berita Harian

Supian kesal dituduh berlakon, dibayar

-

Ipoh: Jurugambar The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Supian Ahmad yang cedera dan kameranya dirampas ketika kekecohan di Stadium Perak, Sabtu lalu, kecewa dengan tuduhan yang menggambar­kan kejadian itu sebagai satu lakonan dan dibayar pihak tertentu.

Katanya, segala tuduhan yang dilemparka­n melalui media sosial termasuk kameranya dirampas ketika kejadian adalah penipuan pihak media untuk memfitnah penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT), jelas menjatuhka­n kredibilit­inya dan rakan petugas media lain secara keseluruha­n.

“Saya sebagai pihak berkecuali untuk merakamkan apa yang berlaku atas urusan kerja tetapi saya terkilan kenapa saya dibelasah dan dipukul.

Serah pada pihak polis

“Lebih menyakitka­n hati, selepas kejadian pada malam itu, banyak tuduhan dilemparka­n kepada media terutama kepada diri saya yang mendakwa saya dapat duit dan dibayar untuk mengatakan kamera saya hilang.

“Apa yang dikatakan meneru- si media sosial saya menafikan sekeras-kerasnya yang insiden itu (kamera dirampas) adalah satu lakonan atau sesuatu perbuatan yang dirancang.

“Semuanya dah terbukti dalam rakaman video serta gambar dalam kamera saya dan saya akan serahkan pada pihak polis untuk dijadikan bukti,” katanya.

Kamera ditemui semula

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sidang medianya bersama Presiden Persatuan Pengamal Media Perak (PPMP), Sayed Mohd Hesham Sayed Idris serta pihak PAFA yang diwakili Ex Officio pasukan Bola Sepak Perak (PAFA), Musa Dun dan Penolong Pengurus PAFA, Azizi Mohd Rajab.

Supian berkata, beliau sudah membuat laporan polis bagi membolehka­n siasatan dijalankan terhadap pihak yang memukul dan melarikan kameranya yang kemudian ditemui semula di atas padang.

“Saya harap mereka yang lakukan perbuatan (memukul dan merampas kamera) itu dikesan dan ditahan dengan segera,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Suspek (tengah) yang didakwa mengugut Supian di Stadium Perak, kelmarin.
Suspek (tengah) yang didakwa mengugut Supian di Stadium Perak, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia