Berita Harian

PAFA nafi abai langkah keselamata­n

Sudah ambil semua tindakan perlu seperti ditetapkan polis, FAM

- Oleh Azizan Hashim

Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) menafikan semua dakwaan dalam media sosial mengenai insiden pergaduhan antara penyokong Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas aksi Liga Super membabitka­n keduadua pasukan di Stadium Perak, Sabtu lalu.

Setiausaha­nya, Jamal Mohd Aris berkata dakwaan dan ko- men terbabit dibuat oleh mereka yang tidak bertanggun­gjawab, serta tidak berasas dan diputar-belitkan.

"Ia boleh menyebabka­n rasa tidak puas hati dan dendam berpanjang­an terhadap penyokong kedua-dua pasukan sekali gus akan menjejaska­n hubungan baik serta semangat setia kawan antara PAFA dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ)," katanya semalam.

Jamal berkata, PAFA dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kerjasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sudah mengambil semua tindakan yang perlu bagi memastikan perlawanan itu dapat dilaksanak­an dengan semangat kesukanan tanpa menjejaska­n keselamata­n penonton.

"PAFA dengan kerjasama agensi keselamata­n dan pelbagai agensi lain menyediaka­n lebih 1,200 anggota keselamata­n dan petugas yang antaranya membabitka­n Polis Diraja Ma- laysia (PDRM), Pasukan Simpanan Persekutua­n (FRU), petugas keselamata­n stadium, Rela, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan lain-lain bagi memastikan perlawanan berjalan lancar dan keselamata­n penonton terjamin.

Jual 26,000 tiket

"PAFA juga hanya menjual 26,000 tiket daripada jumlah sebenar kapasiti stadium yang boleh memuatkan seramai 32,000 penonton, selain menyediaka­n lebih 1,000 keping tiket kepada penyokong JDT.

"Tempat duduk penyokong kedua-dua pasukan juga dipisahkan di dalam stadium bagi tujuan keselamata­n. Anggota polis, petugas keselamata­n stadium dan Rela juga ditempatka­n di antara tempat duduk penyokong kedua-dua pasukan," katanya.

Jamal berkata, perlawanan berlangsun­g dengan baik tanpa sebarang gangguan, malah kedua-dua penyokong berdiri bagi menunjukka­n tanda hormat ketika lagu Negeri Perak dan Ne-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia