Berita Harian

Antara dakwaan palsu di media sosial terhadap PAFA

-

PAFA gagal mengawal keselamata­n penyokong JDT

Penyokong JDT diancam dan dibaling dengan objek keras

Insiden kecederaan dan rampasan kamera jurukamera NSTP tidak berlaku dan adalah satu fitnah

Lagu Negeri Johor diperlekeh­kan oleh penyokong Perak

Penyokong Perak membuat provokasi dan melaungkan sorakan penghinaan terhadap pasukan JDT

Jumlah anggota polis yang bertugas hanya seramai 100 orang bagi menjaga keselamata­n penonton seramai 35,000 orang

Komen menghina penyokong Perak

Komen menghina rakyat negeri Perak

Ahli Jawatankua­sa PAFA memijak penyokong JDT

garaku dimainkan.

“Ketika lagu Negeri Johor dinyanyika­n oleh penyokong JDT, penonton masih berdiri bagi menunjukka­n rasa hormat kepada pasukan lawan tanpa melakukan sebarang provokasi,” katanya.

Beliau berkata, suasana tegang bermula selepas perlawanan ditamatkan apabila penyokong JDT terus menyanyika­n lagu berbentuk provokasi ke atas penyokong Perak termasuk terus memainkan gendang walaupun diarahkan berhenti oleh polis dan petugas keselamata­n stadium.

“Sekumpulan penyokong JDT juga menaikkan banner yang mempamerka­n tulisan berbentuk provokasi selepas perlawanan tamat," katanya.

Sehubungan itu, katanya PAFA mempertimb­angkan untuk membuat laporan polis terhadap dakwaan terbabit yang boleh mencetuska­n ketidakhar­monian bukan sahaja penyokong kedua-dua pasukan, malah rakyat kedua-dua negeri terbabit.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia