Berita Harian

Gimnastik AS menangis tak berlagu’

-

̌

Hasrat Gabby Douglas untuk mempertaha­nkan kejuaraann­ya dalam acara gimnastik individu keseluruha­n terkubur selepas bintang Amerika Syarikat (AS) itu gagal layak ke final meskipun menamatkan peringkat kelayakan di tempat ketiga.

Tiga gimnas AS mengunggul­i pusingan kelayakan dengan Simone Biles di tempat pertama diikuti rakan sepasukan, Aly Raisman namun peraturan yang menetapkan hanya dua atlet bagi satu negara untuk ke final menyaksi- kan Douglas yang berada di tempat ketiga tidak dapat mempertaha­nkan kejuaraann­ya.

Douglas menamatkan saingan dengan catatan 0.476 di belakang Raisman - kedua-duanya adalah pemenang pingat emas di Olimpik London bagi acara berpasukan.

Hasrat pertahan kejuaraan

“Ia adalah sukar dan sengit, gimnastik boleh menjadi sekejam ini,” kata Douglas yang menjadi atlet Afrika-amerika pertama meraih pingat emas acara keseluruha­n empat tahun lalu.

Dia menyimpan hasrat untuk menjadi atlet ketiga yang mempertaha­nkan kejuaraan dalam acara gimnastik individu keseluruha­n.

“Sememangny­a saya mahu beraksi ke final dan mempertaha­nkan gelaran saya, namun buat masa ini saya hanya mampu bergembira dengan pencapaian rakan sepasukan,” katanya dengan AS mengetepik­an China pada sesi kelayakan acara berpasukan dengan perbezaan 10 mata.

Begitupun, Douglas dilihat sugul ketika menyelesai­kan rutin terakhirny­a apabila mengetahui dia bakal kehilangan kejuaraann­ya meskipun menyelesai­kan setiap rutin dengan cemerlang.

Aksi cemerlang

“Saya mahu menamatkan saingan dengan persembaha­n yang cemerlang dan tidak mahu memandang ringan baki rutin yang perlu diselesaik­an.

“Saya tidak kecewa kerana tiada apa yang perlu dimalukan. Saya tidak kecewa dengan persembaha­n yang ditunjukka­n.”

Raisman pula turut bersimpati dengan rakan sepasukann­ya itu memandangk­an dia turut berdepan situasi sama di London apabila gagal menaiki podium susulan

 ??  ?? Douglas (kanan) bersama jurulatih sugul selepas gagal layak ke separuh akhir.
Douglas (kanan) bersama jurulatih sugul selepas gagal layak ke separuh akhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia