Berita Harian

Atlet bola keranjang AS dilayan bak raja di Rio

-

kedudukan terikat untuk penentuan tempat ketiga pada aksi akhir acara gimnastik keseluruha­n.

Harap peraturan berubah

“Saya benci peraturan yang menetapkan hanya dua atlet bagi satu negara untuk ke final. Saya menjangkak­an kelima-lima peserta AS mara ke final.

“Saya mengharapk­an peraturan terbabit dapat diubah namun saya tahu ia tidak akan menjadi kenyataan. Keputusan sebegini sememangny­a mengecewak­an.” Rio de Janeiro: Pasukan bola keranjang lelaki dan wanita Amerika Syarikat (AS) memiliki cara terbaik untuk tinggal dengan lebih selesa di sini iaitu dengan menginap di kapal pelayaran.

Pasukan itu dan penajanya, Cisco menyewa keseluruha­n kapal pelayaran Silver Cloud sepanjang tempoh mereka bersaing di Olimpik, sekali gus menjamin daripada sebarang ancaman kekotoran mahupun penjenayah.

Semua atlet terbabit turut berkongsi penginapan mewah mereka itu di laman media sosial peribadi mereka. Mengikut laporan, kabin di kapal persiaran mewah itu berharga USD13,000 (RM52,390) untuk seminggu.

Pertahan pingat emas

Kapal terbabit memiliki kemudahan seperti spa, kolam renang, gim serta tempat menghisap cerut. Buat masa ini, ia berlabuh di Pelabuhan Maua dan dikawal oleh 250 polis persekutua­n yang lengkap bersenjata di atas darat dan bot kecil.

Atlet NBA yang beraksi untuk negara lain seperti bintang Dallaes Maverick, Andrew Bogut yang tinggal bersama rakan senegarany­a menginap di Perkampung­an Olimpik namun ia mengundang banyak tanggapan negatif daripada atlet yang bertanding.

Atlet lain, Matthew Dellavedov­a dan Ryan Broekhoff masing-masing tinggal sebilik.

Penginapan mewah lagi selesa ini pastinya memberikan pasukan AS rehat yang mencukupi untuk mempertaha­nkan pingat emas mereka.

Pasukan lelaki meraih emas dua kali berturut-turut dalam dua kejohanan lalu sementara pasukan wanita mengunggul­i acara terbabit sejak 1992.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Pemain AS Demarcus Cousins dan Carmelo Anthony dilihat menaiki kapal Silver Cloud selepas tiba di Rio.
Pemain AS Demarcus Cousins dan Carmelo Anthony dilihat menaiki kapal Silver Cloud selepas tiba di Rio.
 ??  ?? Aksi Douglas pada saingan awal.
Aksi Douglas pada saingan awal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia