Berita Harian

Brazil, Neymar kena ejek lagi

Penyokong tuan rumah naik angin bila pasukan mereka seri buat kali kedua

-

Brazil sekali lagi meraih keputusan memalukan di tempat sendiri selepas terikat tanpa jaringan dengan Iraq pada saingan Sukan Olimpik Rio, di sini, semalam.

Keputusan seri buat kali kedua berturut-turut itu juga menyaksika­n Neymar terus bergelut untuk membantu pasukannya meraih kemenangan pada temasya kali ini.

Tuan rumah Sukan Olimpik itu perlu menewaskan pendahulu kumpulan, Denmark, esok bagi mengelakka­n tersingkir dari saingan, hanya dua tahun selepas kekalahan memalukan 1-7 kepada Jerman di Piala Dunia.

Neymar diharapkan mengembali­kan maruah bola sepak Brazil dengan meraih emas pertama Olimpik buat juara dunia lima kali itu.

Gagal pamer aksi sebenar

Bagaimanap­un, bintang Barcelona berkenaan gagal mempamerka­n persembaha­n terbaik sama seperti ketika perlawanan pembukaan menentang Afrika Selatan yang menyaksika­n Brazil diejek penyokong sendiri.

“Kami tidak dapat mempamerka­n corak permainan sebenar bola sepak,’ kata jurulatih Brazil, Rogerio Micale yang turut memohon maaf kepada peminat Brazil.

“Hari ini kami mendapat banyak sokongan dan hanya pada penghujung perlawanan mereka mengejek.

“Kami mohon maaf kepada peminat, kepada rakyat Brazil yang memenuhi stadium untuk menyokong pasukan, tetapi kami tidak mampu untuk membalasny­a.”

Portugal dan Nigeria menjadi pasukan pertama ke suku akhir selepas masing-masing menewaskan Honduras dan Sweden.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia