Berita Harian

Djokovic, Serena-venus tersingkir awal

-

Rio de Janeiro: Juan Martin del Potro menyifatka­n kemenangan ke atas pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic pada saingan Olimpik di sini, sebagai terbaik pernah dilakukann­ya.

Juara Terbuka Amerika Syarikat 2009 yang hampir bersara selepas melakukan beberapa siri pembedahan di pergelanga­n tangannya menumbangk­an pilihan uta- ma itu 7-6 (7/4), 7-6 (7/2).

Pemain Argentina itu turut menewaskan pemenang 12 kejuaraan utama itu pada penentuan pingat gangsa di Olimpik London 2012.

"Ia adalah perlawanan yang sungguh hebat buat saya. Saya tidak jangka dapat memenangi perlawanan ini kerana saya tahu keadaan pergelanga­n tangan saya," kata pemain berusia 27 tahun itu yang merakam 40 pu- kulan kemenangan.

Terlepas emas keempat

Sementara itu, hasrat Serena dan Venus Williams untuk meraih emas keempat dalam acara beregu di Olimpik dileburkan gandingan Lucie Safarova dan Barbora Strycova di pusingan pertama.

Kekalahan itu adalah yang pertama buat pasangan Wiliams itu di Olimpik selepas meraih kemenangan dalam 15 perlawanan terdahulu dan merangkul emas pada edisi 2000, 2008 dan 2012.

Pasangan terbabit yang juga pilihan utama tumbang 6-3, 6-4 di tangan pasangan berpengala­man dari Republik Czech itu,

"Itulah apa yang terjadi. Kami berpeluang mewakili negara dan sudah melakukan yang terbaik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia