Berita Harian

Jun Hoong akui punca terlepas gangsa

Kesilapan terjunan keempat mengakibat­kan dia, Nur Dhabitah cicir mata penting

-

Tangisan Cheong Jun Hoong sebaik berakhir acara 3 meter terjun papan anjal seirama di Pusat Akuatik Maria Lenk, semalam sudah cukup membuktika­n dirinya dihantui kekesalan dan rasa bersalah.

Ini kerana gara-gara kesilapann­ya ketika terjunan keempat menyebabka­n dia bersama gandingann­ya, Nur Dhabitah Sabri yang berada dalam posisi terbaik untuk memenangi pingat gangsa, ganjaran RM100,000 dan pencen RM2,000 sebulan, akhirnya terpaksa berputih mata.

“Saya yang bersalah. Saya melakukan kesilapan yang menyebabka­n kami terlepas pingat. Dhabi- tah sudah melakukan yang terbaik dan saya cukup bangga dengannya. Mungkin saya terlalu tertekan ketika itu,” kata penerjun kelahiran Perak berusia 26 tahun itu.

Pasangan itu berada di tempat ketiga selepas tiga terjunan apabila memperoleh 49.80 mata pada terjunan pertama, 47.40 (kedua) dan 71.10 (ketiga) dan mereka hanya perlu mengekalka­n rentak dalam dua terjunan terakhir untuk memastikan gangsa berada dalam genggaman.

Namun, kesilapan Jun Hoong menyebabka­n mereka hanya sekadar mendapat 60.30 mata pada terjunan keempat sekali gus menyebabka­n kedudukan itu dirampas pasangan Kanada, Jennifer AbelWare Pamela.

Walaupun bangkit memperkema­skan terjunan pada terjunan terakhir dengan mengumpul 64.80 mata untuk menghimpun 293.40 mata keseluruha­n, tetapi ia sudah terlewat dan kesudahann­ya mereka terpaksa menggigit jari apabila menamatkan saingan di tangga kelima.

Bukan rezeki

Emas acara itu dimenangi pasangan China, Shi Ting Mao-wu Min Xia yang berada dalam kelas tersendiri apabila mengumpul 345.60 mata manakala gandingan Itali, Tania Cagnotto-francesca Dallape pula meraih perak dengan 313.83 mata.

Pasangan Australia, Maddison Keeney-anabelle Smith yang bang- kit dalam terjunan terakhir untuk menghimpun 299.19 mata meraih gangsa.

“Dalam pertanding­an sebarang kemungkina­n boleh berlaku. Saya anggap ini bukan rezeki kami. Kami sudah cuba yang terbaik. Lagipun, saya rasa sudah bertuah dapat beraksi di Olimpik,” kata Dhabitah yang akan mengambil peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini.

Namun, kedua-duanya masih boleh menebus kekecewaan itu dengan Jun Hoong akan beraksi dalam dua acara lagi iaitu berganding­an dengan ratu terjun, Pandelela Rinong dalam acara 10 meter platform seirama hari ini dan 3 meter papan anjal individu, 12 Ogos nanti.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia