Berita Harian

Fatehah sedia lunas 2 misi besar di Rio

-

Rio de Janeiro: Ratu berbasikal trek negara, Fatehah Mustapa membawa dua misi bersamanya - mencatat masa bawah 11 saat dan sekurang-kurangnya mara ke suku akhir - sebaik menjejak kaki di bandaraya ini, kelmarin.

Pelumba berusia 27 tahun itu yang akan beraksi dalam acara pecut individu di Velodrom Olimpik Rio, Ahad ini optimis keduadua misi itu mampu dicapai berdasarka­n peningkata­n prestasi yang dipamerkan­nya ketika berlatih selama sebulan di Portugal.

“Selepas menjejak kaki di Rio, saya sangat teruja dan tidak sabar lagi untuk berlumba.

Malah saya rasa kali ini saya lebih tenang mungkin kerana sudah berpengala­man dan persiapan yang dibuat kali ini juga lebih baik.

“Saya akui jika mahu pergi lebih jauh di sini, saya tiada pilihan selain mencatat masa bawah 11 saat. Jika saya mampu melakukann­ya, sasaran untuk sekurang-kurangnya mara ke suku akhir mampu tercapai,” katanya ketika sesi bertemu media di Perkampung­an Sukan.

Penampilan kedua

Berdasarka­n rekod, ini adalah penampilan kedua Fatehah atau nama gelarannya Reggie di temasya terbesar dunia ini selepas London 2012.

Bagaimanap­un di London 2012, pemenang perak Sukan Asia 2014 itu beraksi dalam acara keirin dan gagal menyinar apabila menduduki tangga ke-15.

Sementara itu, jurulatih negara, John Beasley optimis anak didiknya itu mampu menyinar kali ini.

“Dia sudah bekerja keras dalam latihan dan saya yakin usahanya selama ini akan terbalas,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia