Berita Harian

Saham FGV catat prestasi terbaik dalam empat bulan

Peningkata­n 28 peratus suku kedua hasil kawalan kos, jualan aset

- Oleh Shahrizan Salian

Langkah Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mengurangk­an kos pengeluara­n dan penjualan aset bagi mengimbang­i penurunan output minyak sawit mentah (MSM), membuahkan hasil apabila saham syarikat itu meningkat 28 peratus dalam suku kedua tahun ini.

Kaunter FGV di Bursa Malaysia mencatatka­n prestasi terbaik dalam kalangan 100 syarikat terbesar tempatan sejak berlaku peralihan dan penyusunan semula barisan pengurusan kanan pengeluar minyak sawit mentah (MSM) terbesar dunia itu.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Zakaria Arshad, yang dilantik menerajui FGV pada 1 April lalu berkata walaupun saham syarikat itu meningkat pada suku kedua, ia tidak akan mengambil mudah cabaran akan datang.

“Saya masih tidak berpuas hati dengan harga saham (FGV), masih ada banyak jalan perlu ditempuhi. Hasil tanaman syarikat akan berkuranga­n, maka saya perlu memantau kos pengeluara­n dan perlu mengurangk­an semua kos berkenaan,” katanya dipetik sebagai berkata dalam satu temu bual bersama Bloomberg.

Harga saham FGV pada masa ini masih lagi 57 peratus di bawah harga senaraian pada 2012, yang ketika itu menjadi tawaran awam permulaan (IPO) ketiga terbesar di dunia.

Penurunan harga

Penurunan mendadak harga saham FGV adalah antara faktor yang menjadikan Zakaria perlu berusaha lebih keras sekarang ini.

Beliau berkata, FGV kini sedang serius menimbangk­an rancangan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia