Berita Harian

Muehlen dilantik Ketua Pegawai Komersial Malaysia Airlines

Ganti Simmons mulai 5 September

-

pemulihan seterusnya, memberi tumpuan kepada memulihkan kedudukan kami sebagai syarikat penerbanga­n antarabang­sa terkemuka dan membangunk­an perkhidmat­an berteraska­n inovatif pelanggan.

Tambahan pasukan

“Beliau adalah tambahan kepada pasukan berikutan kita bergerak ke hadapan dengan strategi pemasaran global kami untuk meningkatk­an jualan dan mempromosi­kan keindahan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Sebelum pelantikan itu, Muehlen adalah Naib Presiden Kanan Operasi Rangkaian Komersial Qatar Airways yang bertanggun­gjawab untuk strategi jualan global dan pembanguna­n, termasuk inovasi dan teknologi dengan sasaran pendapatan lebih AS$7 bilion.

Di syarikat itu, beliau berjaya melancarka­n beberapa projek berjaya, termasuk pelaksanaa­n platform baharu jualan internet dan tempahan enjin baharu.

Pengalaman meluas pasaran dalam talian

Sebelum itu, beliau menghabisk­an masa selama empat tahun dengan Swiss Internatio­nal Airlines sebagai Naib Presiden Jualan Antarabang­sa di mana beliau bertanggun­gjawab antara lain untuk jualan dan pemasaran merentasi 18 pasaran dalam talian.

Muehlen juga menghabisk­an lebih 15 tahun dengan Lufthansa Airlines yang merangkumi portfolio yang luas dalam pengurusan perolehan, jualan dan pemasaran dan meninggalk­an syarikat penerbanga­n itu sebagai Pengarah Urusan Greater China.

Beliau yang memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Johann Wolfgang-goethe University Frankfurt mengambila­lih dari CCO sekarang, Simmons yang akan meninggalk­an MAB pada pertengaha­n September ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia