Berita Harian

Klinik pertama AEON Wellness di Cheras Selatan

-

AEON Co (M) Bhd merancang untuk melengkapi unit perniagaan farmasinya, AEON Wellness dengan kemudahan klinik dalam usaha peruncit terkemuka itu untuk memberikan nilai tambah kepada pelanggan di tengahteng­ah cabaran dihadapi sektor peruncitan pada masa ini.

Pengarah Eksekutifn­ya, Poh Ying Loo, berkata usaha yang dirintis menerusi pembukaan klinik pertamanya di cawangan AEON Wellness di AEON Cheras Selatan itu akan membolehka­n kumpulan mengimbang­i kesan sentimen pengguna yang masih mencabar pada tahun ini.

Pusat kesihatan sehenti pelanggan

“Usaha seperti ini akan memberikan kelebihan kepada kami memandangk­an klinik yang ditempatka­n di farmasi AEON Wellness ini boleh menjadi pusat kesihatan sehenti kepada pelanggan.

“Buat masa ini, unit AEON Wellness masih memberikan sumbangan yang agak kecil kepada perniagaan peruncitan AEON secara keseluruha­nnya, namun langkah ini mampu mengimbang­i kesan luaran semasa,” katanya pada sidang media selepas majlis pembukaan cawangan pertama klinik di AEON Wellness, semalam.

Kerjasama dengan Qualitas Medical Group

AEON bekerjasam­a dengan satu daripada penyedia perkhidmat­an kesihatan utama di Malaysia, Qualitas Medical Group untuk menyediaka­n perkhidmat­an bermutu tinggi lengkap dengan doktor serta jururawat terlatih.

Kakitangan perubatan berkenaan mempunyai tauliah untuk merawat penyakit am, membuat susulan ke atas penyakit kronik serta menjalanka­n prosedur pembedahan kecil.

Yang turut hadir ialah Pengerusi dan Pengarah Urusan Qualitas Medical Group, Dr Noorul Ameen; Pengarah Eksekutif Qualitas Medical Group, Karim Dhala dan Penolong Pengurus Besar AEON Wellness, Tsunanori Sato.

Mengulas lanjut, Ying Loo berkata penempatan klinik di cawan- gan AEON Wellness adalah satu bentuk model baharu kepada unit farmasi berkenaan, sesuatu yang tidak pernah diteroka oleh AEON sebelum ini selain menjadi perintis kepada idea sedemikian.

Usaha tambah baik kesihatan pelanggan

“Kami akan sentiasa mencari jalan untuk menambah baik tahap kesihatan pelanggan dan dengan adanya farmasi serta klinik bersebelah­an satu sama lain, ia terbukti memberi keselesaan kepada mereka,” katanya.

Mengenai tinjauan perniagaan AEON secara keseluruha­n tahun ini, beliau berkata suasana pada masa ini kekal mencabar seperti yang dihadapi kumpulan sepanjang 2015.

Malah, katanya, sentimen pengguna dilihat tidak menunjukka­n peningkata­n terlalu ketara berbanding pada tahun lalu.

Beliau bagaimanap­un tidak memberikan butiran lanjut mengenai tinjauan prestasi jualan kumpulan untuk baki keseluruha­n pada tahun ini.

 ??  ?? Dari kiri Karim, Noorul, Ying Loo dan Sato pada majlis pembukaan cawangan pertama klinik di AEON Wellness, semalam.
Dari kiri Karim, Noorul, Ying Loo dan Sato pada majlis pembukaan cawangan pertama klinik di AEON Wellness, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia