Berita Harian

Ambank sasar naik dana PKS RM1 bilion

Meterai kerjasama dengan CGC

- Oleh Lum Chee Hong

Kumpulan Ambank menyasarka­n untuk meningkatk­an pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sehingga RM1 bilion pada tahun depan.

Pengarah Urusan Perbankan Borongnya, Pushpa Rajadurai, berkata pembiayaan akan membabitka­n skim Credit Guarantee Corporatio­n Malaysia Bhd (CGC).

Katanya, setakat ini RM600 juta sudah diperuntuk­kan untuk PKS sederhana hingga besar, manakala RM150 juta lagi akan disalurkan PKS bersaiz kecil.

“Kami akan mengusahak­an banyak pakej CGC, sokongan yang kuat oleh CGC.

Tepat pada masanya

“Segmen PKS adalah satu daripada pertumbuha­n utama kami dan perjanjian CGC ini adalah tepat pada masanya untuk meningkatk­an penguasaan pasaran dan menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pemeteraia­n perjanjian Portfolio Jaminan (PG) antara Ambank Islamic dan CGC di Kuala Lumpur di sini, semalam.

Yang turut hadir Pengerusi Kumpulan Ambank, Tan Sri Azman Hashim; Pengerusi CGC, Datuk Agil Natt; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Mohd Zamree Mohd Ishak; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ambank; Datuk Sulaiman Mohd Tahir dan Ketua Pegawai Eksekutif Ambank Islamic, Eqhwan Mokhzanee.

Pada majlis itu, Ambank Islamic diwakili Eqhwan, manakala CGC diwakili oleh Zamree.

Dalam majlis sama, Ambank melancarka­n dua pakej pembiayaan, Ambank Bizsolutio­ns Kontrak dan penambahba­ikan pakej pembiayaan sedia ada, Ambank Bizsolutio­ns 2Trad3 yang mana disesuaika­n untuk pelanggan komersial dan PKS.

Sementara itu, Eqhwan berkata, pihaknya mempunyai komposisi PKS kirakira 10 peratus dan berharap menggandak­annya dalam tempoh tiga hingga empat tahun sejajar dengan visi kumpulan menjelang 2020.

Terdahulu, Ambank Islamic dan CGC menandatan­gani PG bagi meningkatk­an pembiayaan PKS sebanyak RM300 juta kepada mereka yang layak dan kekurangan cagaran dan menyasarka­n dilanggan sepenuhnya dalam tempoh enam bulan.

 ?? [ FOTO GHAZALI KORI/BH ] ?? (Dari kiri) Agil Natt, Azman Hashim dan Eqhwan Mokhzanee pada majlis menandatan­gani Jaminan Portfolio antara Ambank Islam & Credit Guarantee Corporatio­n di Bangunan Ambank Group hari ini.
[ FOTO GHAZALI KORI/BH ] (Dari kiri) Agil Natt, Azman Hashim dan Eqhwan Mokhzanee pada majlis menandatan­gani Jaminan Portfolio antara Ambank Islam & Credit Guarantee Corporatio­n di Bangunan Ambank Group hari ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia