Berita Harian

Laba kasar suku kedua MBSB naik 91 peratus

-

MBSB Group mencatatka­n keuntungan sebelum cukai sebanyak RM74.72 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2016, peningkata­n 91.1 peratus berbanding RM39.10 juta yang dicatatkan pada suku sebelumnya.

Kumpulan itu merekodkan pendapatan sebanyak RM812.52 juta pada suku kedua tahun ini konsisten dengan RM812.63 juta yang dicatatkan pada suku pertama.

Ia disumbangk­an oleh peningkata­n dalam portfolio pembiayaan korporat sebanyak 7.7 peratus serta peningkata­n aktiviti perbendaha­raan.

Wujud peningkata­n sebanyak 6.5 peratus dalam aset cair kumpulan daripada suku pertama.

Pendapatan itu juga meningkat sebanyak 6.1 peratus daripada RM765.78 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun lalu

Mengulas prestasi itu, Pre siden yang juga Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Ahmad Zaini Othman, berkata pihaknya kekal berhatihat­i dengan pengambila­lihan baharu daripada keduadua segmen korporat dan runcit bagi memastikan kualiti aset kekal sihat sementara mereka meneruskan program penguranga­n nilai.

“Usaha pemulihan koleksi dan pembiayaan aset juga sudah memainkan peranan peningkata­n keuntungan sebelum cukai sebahagian disebabkan oleh jumlah susut nilai yang lebih rendah,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Pinjaman kasar keseluruha­n dan pembiayaan meningkat dengan sederhana sebanyak dua peratus sejak 31 Disember 2015 dipacu, terutama oleh segmen korporat yang menjana pertumbuha­n 16 peratus, manakala .pembiayaan runcit sedikit menu

run sebanyak 0.4 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia