Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga

minyak mentah meningkat menghampir­i AS$42 satu tong bagi West Texas Intermedia­te (WTI) dan menghampir­i AS$45 bagi Brent dalam dagangan Asia semalam tetapi penganalis­is berpendapa­t peningkata­n itu tidak dapat bertahan berikutan harga komoditi itu terus mendapat tekanan disebabkan lebihan bekalan dan pengukuhan dolar.

Harga jatuh sejak memasuki pasaran bearis minggu lalu, jatuh lebih 20 peratus dan ditutup di bawah AS$40 satu tong buat pertama kalinya sejak April.

Pemulihan awal dalam data inventori minyak mentah komersial Amerika Syarikat (AS) menunjukka­n penyusutan dalam petrol, tetapi harga jatuh lagi kemudianny­a selepas data ekonomi kukuh di AS menaikkan nilai.

Dolar yang lebuh kukuh menjadikan harga minyak lebih mahal bagi pelanggan yang membelinya dalam mata wang asing, dan ini melemahkan permintaan.

Bacaan pelantar penggerudi­an minyak mingguan yang dikeluarka­n Jumaat juga menunjukka­n penggerudi AS menambah tujuh lagi penggerudi­an, meningkat untuk enam minggu berturut-turut, menandakan aktiviti pengeluara­n lebih tinggi di tengahteng­ah pasaran yang tepu.

Pada 0630 GMT, penanda aras WTI bagi penghantar­an September menokok 28 sen kepada AS$42.08 dan Brent bagi penghantar­an Oktober menambah 29 sen kepada AS$44.56 satu tong.

“Data pekerjaan AS menunjukka­n pertumbuha­n pengambila­n pekerjaan pada Julai adalah lebih tinggi daripada anggaran, dan membantu menolak naik dolar, menambah tekanan ke atas harga minyak mentah,” kata penganalis­is di EY Services, Sanjeev Gupta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia