Berita Harian

Bursa tempatan ditutup tinggi

Belian berterusan saham wajaran tinggi terpilih tingkatkan pasaran

-

sen kepada RM51.96 dan RM6.69.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 455 berbanding 370 manakala 349 kaunter tidak berubah, 513 tidak diniaga dan 27 lagi digantung. Volum meningkat kepada 2.63 bilion unit bernilai RM1.85 bilion berbanding 2.17 bilion unit bernilai RM1.95 bilion pada Jumaat.

Pakar Strategi Pasaran Forex Time, Hussein Sayed, berkata berdasarka­n data pekerjaan AS yang dikeluarka­n pada Jumaat lalu, 255,000 ditambah pada Julai dan 292,000 pada Jun, memaksa pasaran melihat lebih jauh daripada data yang lemah pada Mei yang hanya menambah 24,000 pekerjaan.

“Kadar penganggur­an terus stabil pada 4.9 peratus dan ini terutama disebabkan peningkata­n kadar penglibata­n buruh, yang menunjukka­n rakyat Amerika digalakkan menyertai tenaga kerja.

“Data yang menggalakk­an itu dijangka menawarkan alasan yang kukuh kepada Rizab Persekutan untuk menaikkan kadar faedah lebih cepat, tetapi pasaran seolaholah belum yakin yang kenaikan kadar itu akan berlaku pada 2016,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, TNB melonjak 16 sen kepada RM14.58, Public Bank dan IHH Healthcare menambah enam sen tiap satu masing-masing kepada RM19.64 dan RM6.59 manakala Maybank susut dua sen kepada RM7.98.

Antara saham aktif, MBSB meningkat 7.5 sen kepada 92 sen, Hubline dan DBE Gurney tidak berubah masing-masing pada setengah sen dan lima sen, manakala Borneo Oil merosot setengah sen kepada 17.5 sen.

Di papan skor, Indeks Emas FBM meningkat 59.36 mata kepada 11,736.72, Indeks FBMT100 naik 58.34 mata kepada 11,436.43 dan FBM 70 menambah 66.04 mata kepada 13,458.93.

Indeks Syariah Emas FBM menokok 64.03 mata kepada 12,355.83 dan FBM Ace menokok 64.10 mata kepada 5,484.28.

Dari segi sektor, Indeks Kewangan melambung 79.83 mata kepada 14,347.59, Indeks Perusahaan meningkat 29.83 mata kepada 3,150.11 tetapi Indeks Perladanga­n turun 22.68 mata kepada 7,674.03.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.55 bilion saham bernilai RM1.72 bilion berbanding 1.27 bilion saham bernilai RM1.83 bilion dicatat pada Jumaat.

Jumlah Pasaran ACE merosot kepada 279.34 juta unit bernilai RM55.05 juta berbanding 418.76 juta unit bernilai RM68.12 juta.

Waran melonjak kepada 798.43 juta saham bernilai RM79.51 juta berbanding 479.57 juta saham bernilai RM54.02 juta pada Jumaat.

Produk pengguna menyumbang 143.24 juta saham diniaga di Pasaran Utama, produk industri (213.76 juta), pembinaan (52.73 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (558.65 juta), teknologi (164.76 juta), infrastruk­tur (10.48 juta), SPAC (25.91 juta), kewangan (241.40 juta), hotel (462,400), hartanah (105.93 juta), perladanga­n (20.63 juta), perlombong­an (32,600), REIT (9.22 juta) dan tertutup/dana (26,000).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia