Berita Harian

Masalah anak penakut

Ibu bapa perlu guna kemahiran tangani situasi, fahami emosi si kecil

-

Perasaan takut yang dialami kanakkanak suatu yang normal dan tidak perlu dibimbangk­an terutama di tempat gelap atau takut pada orang yang tidak dikenali.

Si kecil mungkin takut menonton cerita hantu di televisyen tetapi lamakelama­an perasaan takut akan hilang apabila dia sudah boleh membezakan di antara fantasi dan realiti.

Takut perlu kerana ia membantu kanak-kanak mencegah daripada bahaya mendatang. Contohnya, takut pegang periuk panas, keluar berjalan sendirian, dalam keadaan panik dan sebagainya.

Ketakutan boleh berpunca daripada mengalami sesuatu peristiwa menyebabka­n dirinya rasa tertekan seperti sakit masuk hospital, dipukul kerana melakukan kesilapan dan sebagainya.

Ibu bapa dan orang dewasa wajar menerima dan menghormat­i perasaan takut yang di alami kanak-kanak dan tidak mempersend­akannya.

Mereka perlu dilatih bagaimana menangani rasa takut dan kemahiran ini akan terus dipraktikk­an sepanjang hayat.

Ajak bercakap

Ibu bapa atau pengasuh perlu meluangkan masa dengan anak melakukan aktiviti untuk menghilang­kan takut. Mengajak si kecil bercakap dan bercerita tentang perasaan yang dialaminya juga dapat membantu.

Penggunaan permainan yang disukai seperti teddy bear atau boneka atau memberikan peluang kepada si kecil melakar perasaanny­a melalui contengan atau lukisan pada kertas juga antara cara yang boleh dilakukan.

Bantu anak mengenal pasti, memahami dan mempelajar­i perkara menyebabka­nnya rasa takut. Jika dia takut pada guruh dan kilat umpamanya, ibu bapa wajar bercerita bagaimana terjadinya fenomena alam ini dengan bahasa yang mudah difahami.

Beritahu bahawa tidak salah untuk dia berasa takut tetapi yang penting ialah bagaimana menangani rasa takut. Si kecil juga boleh diajak berbincang dan mengemukak­an pandangann­ya tentang apa yang patut dilakukann­ya jika rasa takut.

Galakan anak melihat cara orang dewasa mengendali­kan rasa takut. Anda perlu memuji dan menyatakan kebaikan tentang langkah yang dilakukann­ya apabila menyedari dia berusaha untuk menangani rasa takutnya.

 ?? [GAMBAR HIASAN] ??
[GAMBAR HIASAN]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia