Berita Harian

Pijama karakter kartun kegilaan remaja Jepun

-

Remaja sentiasa mencari perkara baharu dalam hidup. Antara paling kerap diteroka mereka berkaitan fesyen.

Terbaharu, remaja Jepun cuba menarik perhatian umum dengan memakai fesyen dipanggil Kagurumin di khalayak ramai.

Anak muda berusia belasan tahun ini menyarungk­an sut pijama dengan karakter kartun haiwan digemari masing-masing.

Biasanya remaja ini akan berarak di sepanjang jalan bersama-sama lebih daripada lima rakan. Karakter berbeza seperti itik, ayam, dolphin, ikan dan katak disarungka­n dengan rona berbeza.

Mereka tidak kisah melepak hanya dengan memakai kostum itu.

Ada yang sanggup membeli kostum haiwan itu daripada laman web beribupeja­bat di Amerika Syarikat dengan harga mencecah ribuan ringgit.

Tidak kurang yang sanggup membeli kostum murahan daripada kedai hari jadi atau laman sesawang yang menawarkan kostum terpakai.

Digemari remaja perempuan

Bagaimanap­un, trend ini cuma membabitka­n remaja perempuan dan tidak digemari remaja lelaki. Sekumpulan remaja ini menjadikan ini sebagai budaya mereka pada masa ini. Wajah disolek dengan sentuhan pelik dan beragam.

Warna seperti perak dan emas menjadi warna asas solekan gadis Jepun ketika menyarungk­an kostum ini.

Rambut mereka diwarnakan dengan pelbagai rona yang menonjol seperti merah jambu, putih dan ungu.

Lebih menarik, mereka umpama model, merakamkan detik berpakaian begitu dengan memasukkan ia dalam blog atau rangkaian sosial. Menerusi cara itu, mereka dikatakan lebih ceria melalui kehidupan remaja.

Rapatkan hubungan kawan

Dikatakan, trend ini mampu merapatkan

 ??  ?? trend
trend
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Pelbagai karakter pijama menjadi pilihan remaja.
Pelbagai karakter pijama menjadi pilihan remaja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia