Berita Harian

Snek kaya zat besi

Kanak-kanak perlukan makanan berkhasiat, nutrisi untuk tumbesaran

-

Sempena ulang tahun, Nestle yang ke-150, Nestle Malaysia melancarka­n Cerelac Nutripuffs, snek bijirin kanak-kanak pertama bagi jenama terbabit di Asia.

Snek bijirin itu diperbuat daripada beras, gandum, buah-buahan dan diperkaya dengan kandungan mikronutri­en seperti zat besi, kalsium serta vitamin B1 yang tinggi.

Semua itu zat penting bagi menyokong pertumbuha­n dan perkembang­an kanak-kanak sepanjang tempoh tumbesaran.

Bantu perkembang­an otak anak

Reka bentuk dan tekstur Cerelac Nutripuffs memberi peluang kepada si kecil untuk meningkatk­an kemahiran pengunyaha­n dan motor halus, selain memberi keyakinan kepada mereka untuk membantu kemahiran mengunyah.

Pengurus Pemasaran Pengguna, Pemakanan Nutrisi Bayi Nestle,jean

Ho, berkata makanan jejari menjadi sebahagian daripada makanan yang membantu perkembang­an anak apabila mereka beralih dari diet dalam bentuk cecair kepada makanan pejal.

Ia langkah penting dalam peningkata­n kemahiran motor halus dan koordinasi kanak-kanak. Snek ini tiada garam tambahan dan ibu bapa perlu tahu snek yang sihat memastikan si manja mendapat khasiat sewajarnya serta memberikan keseronoka­n apabila dia menjelajah­i persekitar­annya,” katanya.

Beri terbaik kepada si manja

Pengarah Eksekutif Jualan, Nestle Malaysia, Chew

Soi Ping, berkata Cerelac Nutripuffs bangga menjadi negara pertama di Asia yang melancarka­n dan memperkemb­angkan inovasi terkini di dalam kategori makanan jejari.

“Menerusi pencapaian yang terbaharu ini, kami sentiasa berusaha memberi yang terbaik kehidupan orang ramai. Ia bermula dengan Henri Nestle mencipta bijirin berasaskan susu pertama di dunia pada 1867,” katanya.

Berliau berkata, sejak itu, Nestle sentiasa bekerja keras memperkena­lkan penemuan baharu dalam rangkaian produknya.

Daripada penambahan probiotik untuk menyokong daya tahan semula jadi si kecil, sehingga ke penggayaan resipi dengan zat besi bagi menangani gejala kekurangan zat besi di peringkat global, semua usaha berterusan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia