Berita Harian

Pupuk minat anak membaca

-

Kanak-kanak di bawah umur lima tahun lebih tertarik pada bahan bacaan dengan gambar rajah ringkas dan teks tidak terlalu sesak. Pada usia ini, mereka masih belum mahir melihat gambar atau ilustrasi tertentu, berbanding buku penuh teks dan sarat maklumat, ia ilmu kritikal untuk diadaptasi dalam kehidupan mereka. Pengarah sokongan latihan dan program ibu bapa dan kanak-kanak di rumah, Michele Morrison, berkata ibu bapa juga tidak boleh melupakan untuk membeli buku klasik yang pernah dibaca ketika mereka seusia anak.

Tambah kosa kata anak

Katanya, setiap hari kanakkanak antara umur 16 bulan hingga 24 bulan, menambah kosa kata mereka. “Perkataan pertama dan paling mudah untuk dipelajari adalah kata nama seperti anjing dan pokok.

Jika anda melihat gambar kucing, tanya kepada anak adakah dia melihat haiwan itu, warna, apa yang sedang dilakukan sebagai pengetahua­n asas si manja. Pengetahua­n asas ini membantu kanak-kanak bercakap lebih cepat,” katanya. Terapi minda itu akan bertambah baik jika diaplikasi­kan kepada anak.

Kemudian anda akan melihat perkembang­an anak. Haiwan tadi akan diberi sifat seperti warna coklat dan diberi karakter seperti berjalan, makan dan minum,” katanya.

Peluk ketika membaca

Beliau berkata, ketika anak membaca, peluk anak di bahagian tangan dan rapatkan dada dengan si anak.

Secara psikologi, anak yang dipeluk di tangan ketika membaca buku melahirkan perasaan tenang dan selesa. Ini akhirnya membantu anak menjadi lebih yakin dan boleh membaca dengan kuat ketika bersekolah nanti,” katanya.

Beliau berkata, tidak terlalu penting untuk anda perlu membaca buku kepada anak sehingga tamat.

Apa yang penting, wujudkan perbualan bersama anak ketika membaca buku.

“Ibu bapa yang mudah bertindak balas kepada setiap soalan merangsang minda dan kemahiran kognitif anak,” katanya

Bukan saja mendidik anak membaca, tetapi ibu bapa disarankan mengetahui asas membaca seperti memegang buku dan ayat perlu dibaca daripada bahagian kiri ke kanan.

Ajar anak cara membaca

Malah, jangan takut untuk meniru suara karakter dalam bahan bacaan atau membuat bunyi pelik seperti Wham!

Bang! Mooooo! “Kepelbagai­an bunyi dan suara bertindak sebagai kemahiran literasi awal yang akhirnya akan membawa kepada kanak-kanak berimagina­si,” katanya.

 ?? [ GAMBAR HIASAN ] ??
[ GAMBAR HIASAN ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia