Berita Harian

Rapatkan hubungan di padang bola

-

Muhammad Syazwan: Kami saling berhubung, mencari masa sesuai untuk bertemu dan berkumpul.

Latihan bola sepak menjadi salah satu rutin hujung minggu yang membantu mengeratka­n silaturahi­m sekumpulan anak muda ini.

Setiap minggu yang terluang, padang di sekitar Kuala Lumpur menjadi tempat tiga sahabat, Muhammad Syazwan Mohd Safian, Afiq Ilmam Abdul Wahab dan Amirul Izzat Ubad berlatih sambil meluangkan masa untuk beriadah.

Muhamad Syazwan Mohd Safian berkata, minat yang sama membuatkan hubungan mereka lebih akrab.

Mereka akan berjumpa dan berlatih bersama sekurangku­rangnya dua hingga tiga kali sebulan mengikut masa yang ditetapkan.

Kebiasaann­ya, padang bola di Setia Alam dan sekitar Damansara menjadi pilihan kerana berhampira­n dengan kediaman masingmasi­ng.

“Bagaimanap­un, ada juga rakan lain dari luar Kuala Lumpur, antaranya Seremban akan ke sini untuk menyertai latihan bola sepak yang dijadualka­n demi menyahut semangat kesukanan,” katanya.

Melepak, kongsi cerita

Dia berkata, kekangan masa dek tuntutan kerja bukanlah menjadi penghalang untuk mereka berkumpul bersamasam­a.

“Selalunya, kami berkomunik­asi menerusi grup Whatsapp untuk mencari masa yang sesuai untuk berlatih.

“Latihan yang dijalankan secara konsisten membuatkan kami yakin dengan prestasi diri sehingga tertubuhny­a Ehsan FC pada Oktober tahun lalu,” katanya.

Muhamad Syazwan berkata, dia dan rakanrakan­nya ada membuat perancanga­n untuk menyertai liga sosial bagi menguji, sekali gus memantapka­n skil permainan ahli pasukan.

“Sebelum ini, pasukan memang aktif menyertai

 ?? [ FOTO SITI NUR MAS ERAH AMRAN / BH ] ??
[ FOTO SITI NUR MAS ERAH AMRAN / BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia