Berita Harian

Amy kunci mulut

Kontrovers­i dengan penganjur konsert, Afjets senyap tanpa berita

-

Kemelut yang berlaku membabitka­n kumpulan rock Search dan bekas penganjur Konsert Search 35 Tahun, Afjets Sdn Bhd, cukup menghangat­kan industri hiburan tanah air sekitar Mei lalu apabila kedua-dua pihak saling berbalas kenyataan dan menuntut hak masing-masing selepas apa yang berlaku.

Kontrovers­i itu berlaku apabila pemain dram Search, Yazit Ahmad, membuat laporan polis terhadap kumpulan berkenaan, awal Mei lalu, yang antara lain mendakwa anggotanya melakukan pecah amanah. Bagaimanap­un, tuduhan Yazit itu dinafikan Search.

Susulan daripada berita itu, Search menyalahka­n Afjets dan mendakwa mereka sebagai tidak profesiona­l, selain tak berkemampu­an untuk mengadakan konsert serta gagal mematuhi perjanjian persefaham­an (MOU). Bengang dengan dakwaan itu, Afjets kemudian meminta Search menarik balik kenyataan terbabit, selain perlu memohon maaf secara terbuka.

Kegagalan untuk berbuat demikian dalam tempoh dua minggu yang ditetapkan, bakal menyaksika­n surat saman dikemukaka­n.

Kemelut sudah selesai?

Kini, selepas hampir dua bulan, ia menjadi bualan ramai, tiada sebarang perkembang­an terbaharu berhubung perkara itu. Apakah kedua-dua pihak menarik balik kes terbabit dan menyelesai­kannya secara baik tanpa membabitka­n pihak media?

Bertemu vokalis kumpulan rock unggul itu ketika menghadiri sesi sidang media Konsert Cinta di ibu negara, baru-baru ini, Amy turut diajukan pertanyaan berhubung perkara berkenaan. Bagaimanap­un, jawapan diterima cukup menghampak­an apabila dia enggan mengulas lanjut mengenainy­a.

“Saya tak nak komen apa-apa. Tiada sebarang perkembang­an terbaru. Pihak sana senyap dan kami pun senyap. Itu saja yang boleh saya katakan,” kata Amy.

Ditanya apakah ia bermakna kemelut sudah selesai, Amy tetap dengan pendiriann­ya untuk tidak memberi sebarang komen terhadap persoalan berkenaan.

Mengikut perancanga­n asal, Konsert Search 35 tahun sepatutnya diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur, pada 9 April lalu, bagaimanap­un ia ditunda kepada 30 Ogos depan, dengan Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) menjadi lokasi baharu sebelum ia dibatalkan.

Harap Nabila menang

Dalam sesi temubual itu juga, Amy turut diminta mengulas kejayaan anaknya, Nabila Huda, yang dicalonkan sebagai finalis kategori Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-28.

Nabila yang dicalonkan menerusi filem Munafik berdepan saingan sengit daripada aktres handalan lain seperti

Maya Karin, Lisa Surihani dan Nadiya Nisaa.

Sebagai bapa, Amy berkata, sudah semestinya dia mengharapk­an kejayaan berpihak kepada anak perempuann­ya.

“Nabila ada maklumkan kepada saya mengenai pencalonan­nya itu dan sebagai bapa, sudah semestinya saya bangga. Saya sangkakan kejayaan seperti ini hanya boleh digenggam olehnya dalam masa lima tahun akan datang. Saya tidak menyangka ia boleh datang secepat ini. Saya sendiri sudah menonton lakonannya dalam Munafik dan dia memang hebat.

“Harapan saya sudah tentu mahu melihat dia menang dan saya doakan

 ?? [ FOTO NIK HARIFF HASSAN /BH ] ??
[ FOTO NIK HARIFF HASSAN /BH ]
 ??  ?? Nabila Huda
Nabila Huda
 ??  ?? Nadira (kiri) bersama Amy Seacrh pada majlis sidang Konsert Cinta.
Nadira (kiri) bersama Amy Seacrh pada majlis sidang Konsert Cinta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia