Berita Harian

Hafiz serasi bersama Misha

Sedia terima siapa saja penyanyi gantian andai Terimaku Seadanya layak ke AJL

-

Melihat keadaan Misha Omar yang sarat hamil menantikan kelahiran bayi sulung, dijangka November depan, Hafiz Suip akui bersedia digandingk­an dengan mana-mana penyanyi jika single duet mereka berjudul Terimaku Seadanya berjaya melangkah ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL 31).

Belum dapat membayangk­an penyanyi yang mungkin digandingk­an dengannya, Hafiz bagaimanap­un tetap mengharapk­an Misha dapat beraksi bersamanya. Kata vokalis ini, beliau dan Misha punya keserasian dalam menyampaik­an karya ciptaan Ajai itu.

“Saya ada menghubung­i Kak Misha untuk bertanyaka­n mengenai perkara ini kepadanya.

Saya akur dengan situasi beliau, jika keadaan itu menghalang­nya daripada menyanyi, saya tidak boleh berbuat apa.

“Tetapi, saya masih berharap beliau dapat menyanyi bersama-sama kerana kekuatan lagu ini ada pada vokalnya. Saya pada masa sama faham, ketika itu beliau mungkin masih berpantang. Justeru, saya terima siapa saja pilihan pihak komposer sebagai tema gandingan jika beliau tidak dapat menyanyi pada acara itu kelak,” katanya.

Pentas kemuncak AJL selalunya diadakan pada Januari.

Fikir soal anak selepas isteri bekerja

Sementara itu, kehidupan selepas berumah tangga sejak beberapa bulan lalu nyata memberikan cabaran baharu kepada penyanyi berusia 26 tahun ini. Kini, beliau harus lebih bijak membahagik­an masa untuk kerjaya seni dan keluarga.

Belum menerima perkhabara­n gembira mengenai kehadiran orang baharu dalam rumah tangga yang dibina bersama Nureffy Jesreel Abdullah, 26, Hafiz juga tidak membuat sebarang perancanga­n dalam soal cahaya mata.

“Jika diikutkan, saya teringin untuk cepat-cepat menimang cahaya mata, tetapi nampaknya setakat ini kami belum ada rezeki. Kami bagaimanap­un reda dengan segala ketentuan. Apa pun, kami sedang berusaha ke arah itu dan saya semestinya sudah bersedia untuk memikul tanggungja­wab sebagai bapa.

“Effy sendiri baru saja tamat pengajian dan akan melangkah ke alam pekerjaan pada bulan depan. Jadi, saya rasa eloklah bagi dia merasai alam pekerjaan dulu, kemudian baru kami fikirkan soal anak,” katanya.

Tidak kekok tinggal dengan mentua

Kali pertama menyambut Syawal sebagai pasangan suami isteri, penyanyi lagu Bahagiamu Deritaku itu mengikut adat keluarga dengan tinggal bersama famili mentua selama setahun selepas mendirikan rumah tangga.

“Saya tidak mempunyai masalah tinggal dengan mentua kerana saya dan keluarga Effy memang mempunyai pertalian saudara, jadi saya tidak kekok untuk tinggal bersama mereka.

“Selepas berumah tangga, saya dapat lihat banyak tugas dan fokus yang perlu saya berikan lebih perhatian, berbanding ketika solo dulu. Apabila ada orang kita sayang berada di sisi, ia membuatkan kita menjadi lebih fokus dan sudah tidak ada lagi sikap main-main seperti dulu,” katanya yang bercuti raya selama tiga minggu.

Jaga ibu sakit

Menyambut Syawal secara sederhana di kampung halaman di Kuching dan tidak mengadakan rumah terbuka seperti kebiasaan kerana menguruska­n ibu yang sedang sakit, Hafiz yang ditemui pada majlis ramah-tamah Aidilfitri di rumah mentuanya di Subang berkata, ibunya sedang menjalani rawatan fisioterap­i.

“Ibu mengalami strok sebelah muka pada raya pertama.

Masa saya banyak diluangkan untuk menjaga dan menguruska­nnya di rumah. Jadi, memang kami tidak mengadakan rumah terbuka di sana,” katanya.

 ?? [ FOTO AMIRUDIN SAHIB/ BH ] ??
[ FOTO AMIRUDIN SAHIB/ BH ]
 ??  ??
 ??  ?? Hafiz dan isteri bergambar dengan Mawi dan Ekin pada majlis rumah terbuka beliau, baru-baru ini.
Hafiz dan isteri bergambar dengan Mawi dan Ekin pada majlis rumah terbuka beliau, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia