Berita Harian

Elizabeth Tan

-

Dilahirkan dengan nama Elizabeth Tan Su Mei pada 18 November 1993 di Kuala Lumpur.

Bernaung di bawah syarikat rakaman Faithful Music milik Faizal Tahir dan diuruskan syarikat Paranormal Talents.

Mula dikenali apabila menyanyika­n lagu

Havoc di Youtube sebelum mencipta nama dengan Knock Knock.

Didakwa tidur dengan VIP, melakukan pembedahan plastik demi kelihatan cantik dan pendedahan kisahnya diganggu bekas tunangan seorang penyanyi popular membuatkan nama Elizabeth Tan menjadi bualan ramai.

Walaupun single pertamanya, Knock Knock, berjaya mendaki carta popular, namun kontrovers­i tetap mengekori perjalanan kerjaya seni penyanyi bervokal unik ini.

Justeru, ramai yang menganggap Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy lebih popular dengan cerita panas berbanding kerjaya muzik.

Hidup ‘low profile’

Tidak mahu berterusan dilabel sebegitu, Lizzy mengambil pendirian untuk lebih berhati-hati dalam mengatur langkah supaya gosip bukanbukan mengenai dirinya tidak berulang lagi.

Berikutan itu, namanya kembali reda dan kalau disebut pun lebih kepada kisah lagu terbarunya berjudul Tabah.

Boleh dikatakan Lizzy kini lebih bersikap low profile berbanding awal kemunculan­nya. Bertemu gadis berusia 22 tahun ini, baru-baru ini, perkara itulah juga yang diajukan kepadanya. Apakah dia kini lebih selesa dengan kehidupann­ya sekarang, yang tidak lagi diburu gosip liar?

Bukan kehendak diri

Menjawab pertanyaan itu, Lizzy mengakui dia kini lebih fokus terhadap dunia seni tanpa gangguan kontrovers­i yang mampu mencalarka­n reputasi diri.

“Saya akui dulu hidup saya sering dilanda kontrovers­i. Macam-macam cerita sensasi tersebar walaupun ia bukan kehendak saya sebenarnya. Pengalaman lalu banyak mengajar saya untuk lebih berhati-hati dalam pelbagai perkara

Jay keranaZ sebagai selebriti, kita tak lepas daripada pandangan masyarakat. Penyanyi

“Justeru, selain mengambil langkah berjaga-jaga dari segi perbuatan, saya juga kini ditemani ibu walau ke mana saya pergi. Senang dan saya rasa lebih selamat apabila ibu menemani.

“Sekurang-kurangnya dia tahu apa yang berlaku terhadap anaknya kerana sentiasa berada di depan matanya,” kata Lizzy ketika ditemui pada majlis sidang media Anugerah Planet Muzik 2016 (APM 2016) di ibu kota.

Menurut anak jati

Kuala Lumpur ini, dia tidak melihat tindakan sering ditemani ibu itu sebagai dikongkong atau menyekat kebebasann­ya kerana ia juga atas kehendakny­a sendiri, jauh sekali dipaksa sesiapa.

Tuah lagu Setia

Kehadiran Lizzy pada sidang media APM 2016 itu adalah sebagai tanda sokongan apabila lagu duet yang dinyanyika­nnya bersama Faizal Tahir berjudul Setia turut dicalonkan pada anugerah berkenaan. Lagu berkenaan tersenarai dalam kategori Duo/kumpulan Terbaik, Lagu Terbaik Malaysia dan Lagu Paling Popular APM.

Mengulas kejayaanny­a itu, Lizzy mengakui, ia cukup mengejutka­n dirinya. Bagaimanap­un, wanita muda ini menyifatka­n kejayaan berkenaan lebih kepada sifunya, Faizal, yang juga antara pencipta lagu terbabit, selain Mike Chan dan Ezra Kong.

“Terus terang, saya memang tidak menyangka lagu itu tersenarai dalam

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia