Berita Harian

Berhenti kerja untuk fokus dalam perniagaan

Yakin perniagaan yang diusahakan berpotensi tinggi dan bermanfaat untuk masyarakat

- Oleh Maria Uffa Zulkafeli

untuk berniaga di perkampung­an Orang Asli yang terletak di sekitar Melaka,” kata Encik Dhiya’ Zulhilmi.

Katanya, apabila melangkah ke alam kampus, beliau turut mengambil peluang menjual makanan ‘roti sosej banjir’ dengan harga serendah RM1.

Dibantu dua rakan lelaki dan seorang rakan perempuan yang merupakan isterinya sekarang, beliau menggunaka­n strategi menjual makanan pada harga murah sehingga mampu menarik minat ramai siswa dan siswi.

Tumpu berniaga

“Bermula daripada berniaga secara kecilkecil­an, akhirnya saya berjaya mengumpul modal dan mengambil keputusan menceburi bidang francais perniagaan dobi yang kini diusahakan di Alor Gajah, Melaka mulai

Mei lalu,” katanya.

Encik Dhiya’ Zulhilmi yang pernah bertugas selama tiga tahun sebagai wartawan di sebuah akhbar tempatan itu akhirnya mengambil keputusan berhenti kerja daripada bidang penulisan pada Jun lalu kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada bidang perniagaan dobi Adan Laundry.

“Sebelum ini, saya kerja tetap dengan sebuah syarikat akhbar dan menjalanka­n perniagaan dobi sebagai kerja sampingan, namun lamakelama­an minat mendalam terhadap bidang perniagaan membuatkan saya nekad untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan dobi.

“Ketika itu, bimbang juga risiko yang perlu ditanggung kerana sebelum ini saya mempunyai pendapatan tetap tetapi dengan mendapat sokongan sepenuhnya daripada keluarga membuatkan saya yakin dengan keputusan diambil untuk melepaskan kerjaya sebagai wartawan,” katanya.

Bantu masyarakat

Encik Dhiya’ Zulhilmi berkata, beliau yakin perniagaan yang diusahakan­nya bersamasam­a seorang rakan kongsi itu berpotensi tinggi dan mempunyai peluang cerah untuk berkembang.

Katanya, walaupun perniagaan dobi menjadi punca pendapatan utamanya, beliau berharap perkhidmat­an disediakan itu turut bermanfaat kepada masyarakat dan bukan sekadar untuk dirinya memperoleh keuntungan sematamata.

“Melihat kepada perkembang­an perniagaan ini, saya mungkin akan menceburi lagi perniagaan francais lain pada masa depan bagi memperoleh lebih banyak pengalaman.

“Memandangk­an usia saya masih muda, saya yakin banyak perkara dalam bidang perniagaan boleh saya pelajari untuk meraih kejayaan pada masa hadapan,” katanya yang cukup minat berniaga sejak dari kecil.

 ??  ??
 ??  ?? Encik Dhiya' Zulhilmi dan isteri, Puan Nor Aqilah Mamat sedang melayan anak mereka, Dhiya' Anaqi berusia di dalam kedai dobi.
Encik Dhiya' Zulhilmi dan isteri, Puan Nor Aqilah Mamat sedang melayan anak mereka, Dhiya' Anaqi berusia di dalam kedai dobi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia