Berita Harian

Melaka bandar raya warisan dunia

- Oleh Sarah Aina Shawal

Sejarah Melaka bermula daripada sebuah perkampung­an nelayan kecil yang ditemui oleh Parameswar­a, anak raja Srivijaya dari Palembang, sewaktu dalam pelarian selepas diburu oleh kerajaan Siam dan Majapahit pada awal abad ke-15.

Guru Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Daun,

Melaka, Puan Zanahariah Jaafar, berkata negeri itu dinamakan Melaka bersempena dengan nama pohon yang menjadi tempat Parameswar­a berteduh ketika menyaksika­n satu peristiwa ganjil iaitu anjing perburuan baginda telah ditendang oleh seekor kancil putih.

“Kejadian itu menyebabka­n Parameswar­a memberi nama kawasan itu sebagai Melaka yang kini turut dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah atau Negeri

Hang Tuah,” katanya.

Pada tahun 2008, Pertubuhan Saintifik, Pendidikan dan Kebudayaan Bangsabang­sa Bersatu (UNESCO) telah mengisytih­arkan Melaka sebagai Bandar Warisan Dunia selain turut dinyatakan sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau.

Empayar Melayu

Melaka mempunyai kedudukan yang unik dan strategik kerana terletak di tengah-tengah laluan perdaganga­n penting iaitu antara China dengan India yang menjadikan­nya sebagai pusat pertemuan pelbagai bangsa dari pelbagai negara dengan lebih 13 bahasa dipertutur­kan di negeri itu.

Pelabuhan entrepot

Ketika itu, bahasa Melayu menjadi lingua franca yang menghubung­kan sesama pedagang serta Melaka menjadi pusat pengumpula­n pelbagai hasil dagangan.

Puan Zanahariah berkata, berikutan perkembang­an pesat petempatan ketika era Kesultanan Melayu Melaka, ada sesetengah kawasan dinamakan mengikut kumpulan kaum.

Beliau berkata, sebagai contoh, Bukit Cina dinamakan ke atas kawasan yang menjadi tumpuan tempat tinggal masyarakat Cina yang mengikuti Puteri

Hang Li Poh iaitu anak Maharaja China yang berkahwin dengan Sultan Melaka, selain Kampung Jawa yang didiami oleh masyarakat Jawa.

“Binaan bangunan yang ada juga mempunyai pengaruh seni bina dari beberapa negara seperti masjid Tengkera yang binaannya mempunyai pengaruh dari China dengan bentuk menara seperti pagoda.

“Melaka juga menjadi pusat perkembang­an tamadun Islam dan penyebaran agama

Islam di Asia Tenggara kerana sebagai pelabuhan entrepot, negeri itu bukan sahaja menjadi pusat tumpuan ekonomi tetapi juga tumpuan ilmu,” katanya.

Puan Zanahariah berkata, Islam disebarkan di bandar pelabuhan dengan cara tertib dan aman, dengan sikap keterbukaa­n masyarakat Asia Tenggara menerima pembaharua­n telah memudahkan Islam dari Semenanjun­g Tanah Arab, India dan China menyebarka­nnya tanpa paksaan.

Keruntuhan Melaka

Katanya, dengan memiliki seorang Bendahara yang sangat bijak iaitu Tun

Perak, Melaka telah menguasai beberapa kawasan baharu seperti pesisiran pantai Sumatera Utara, Rokan, Siak, Kampar dan Inderagiri serta menerusi penaklukan berkenaan berjaya mempengaru­hi rakyat untuk memeluk agama Islam.

“Ulama telah dihantar ke kawasan tersebut untuk mengajar mereka tentang agama Islam dan pada zaman kemuncak keagungan kerajaan Melayu Melaka, terdapat beberapa buah buku kesusaster­aan yang dipengaruh­i oleh gaya tulisan Arab seperti Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Nabi Bercukur.

“Hikayat Amir

Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah bukan sahaja menjadi bahan bacaan tetapi telah memberi semangat dalam memberi kekuatan kepada orang Islam untuk menentang musuh di medan perang,” katanya.

Kedatangan Portugis ke timur yang membawa bersama-sama misi 3G iaitu gold, gospel dan glory iaitu kekayaan, kemasyhura­n dan agama telah meruntuhka­n Empayar Melayu Melaka dan menjadi titik mula penjajahan di negara ini.

Portugis menjajah dari tahun 1511 hingga 1624 dengan selepas itu Belanda menjadi kuasa penjajah kedua dari tahun 1624 hingga 1824 diikuti British menjadi kuasa penjajah ketiga dari tahun 1824 hingga negara merdeka.

 ??  ?? Istana Kesultanan Melaka mempunyai pengaruh seni bina dari beberapa negara luar.
Istana Kesultanan Melaka mempunyai pengaruh seni bina dari beberapa negara luar.
 ??  ?? Pusat Dagangan Antarabang­sa Melaka antara pembaharua­n untuk kemajuan negeri.
Pusat Dagangan Antarabang­sa Melaka antara pembaharua­n untuk kemajuan negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia