Berita Harian

Mohamad Sahar dibawa pulang dari London

Mohammad Sahar dibawa ke PPUKM untuk terima rawatan lanjut

-

Ketua Kerani Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Negeri Sembilan yang dimasukkan ke Charing Cross Hospital selepas diserang angin ahmar sebaik tiba di London 4 Julai lalu diterbangk­an bersama pegawai perubatan ke Kuala Lumpur dengan pesawat Malaysia Airlines, semalam untuk menerima rawatan lanjut di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbanga­n MH03 yang berlepas dari Lapangan Terbang Heathrow di sini ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, bukanlah seperti biasa.

Satu bahagian pesawat Malaysia Airlines itu diubah suai dengan dilengkapi peralatan perubatan dan kemudahan seperti wad bagi menempatka­n pesakit angin ahmar, Mohamad Sahar Mhd Noor, 57, yang dibawa pulang untuk menerima rawatan lanjut di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur.

Mengiringi Mohamad Sahar dalam penerbanga­n selama 13 jam itu ialah pasukan doktor dan jururawat yang tiba dari Malaysia, selain ahli keluargany­a, iaitu isterinya, Hawiyah Ahmad, 57, serta anaknya, Muhamad Fahdli, 30; Amirah, 29, dan Atikah, 27.

Pengarah MARA London, Ahmad Izlan Idris, turut mengiringi Mohamad Sahar yang juga Ketua Kerani Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Negeri Sembilan. Pesawat itu dijangka tiba di KLIA, pagi ini.

Mohamad Sahar diserang angin ahmar sebaik tiba di Lapangan Terbang Heathrow pada 4 Julai lalu ketika dalam perjalanan untuk menghadiri majlis graduasi anak bongsunya, Atikah, yang menamatkan penga- jian peringkat sarjana di Brunel University, selain menyambut Aidilfitri bersama keluargany­a, di sini.

Jalani pembedahan

Beliau kemudian dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, Charing Cross Hospital, barat London dan menjalani pembedahan di bahagian otak kerana berlaku pendarahan, sebelum dimasukkan ke Unit Hyper Acute Stroke selama lebih sebulan bagi menjalani rawatan dan terapi.

Pada 28 Julai lalu, keluargany­a memohon bantuan rakyat Malaysia mendoakan Mohamad Sahar supaya sembuh, selain membantu dari segi kewangan bagi membiayai kos perubatan yang berjumlah RM245,764 menerusi

Sementara itu, Mohamad Sahar menunjukka­n perkembang­an positif walaupun tidak sedar sepenuhnya, apabila dilihat menggaru kepala dengan tangan kiri, selain mengangkat kedua-dua tangannya, kelmarin.

Dengar suara

Beliau turut membuka mata beberapa kali apabila mendengar suara anak kesayangan­nya.

Antara yang menziarahi Mohamad Sahar, kelmarin, ialah Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia ke United Kingdom dan Eire, Datuk Ahmad Rasidi Hazizi serta isteri, Datin Rosilawati Ab Rafar; kakitangan Suruhanjay­a Tinggi dan beberapa rakyat Malaysia di London yang membantu mengumpul dana membiayai penerbanga­n pulang serta mengesyork­an penghantar­an pasukan perubatan dalam penerbanga­n berkenaan.

Rasidi berkata, beliau gembira melihat perkembang­an positif ditunjukka­n Mohamad Sahar dengan wajah semakin berseri.

“Saya dimaklumka­n Hospital Charing Cross memberi layanan terbaik kepada Mohamad Sahar, selain persiapan membawanya pulang juga berjalan lancar,” katanya.

Penerbanga­n pulang Mohamad Sahar dipermudah­kan oleh penderma melalui kempen Gofundme yang diusahakan oleh rakan keluarga, MARA, Pejabat Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia, kerajaan negeri Negeri Sembilan dan sukarelawa­n yang berada di London.

Sementara itu, Hawiyah bersyukur dan berterima kasih kepada penderma, selain menganggap musibah yang berlaku sebagai ujian dan reda dengan ketentuan Allah.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Mohammad Sahar menunggu untuk berlepas dari Lapangan Terbang Heathrow.
Mohammad Sahar menunggu untuk berlepas dari Lapangan Terbang Heathrow.
 ??  ?? Keratan akhbar BH pada 1 Ogos lalu.
Keratan akhbar BH pada 1 Ogos lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia