Berita Harian

Kibar Jalur Gemilang

-

Kuantan: Masih ada peniaga di sini, yang tidak menggantik­an Jalur Gemilang yang sudah lusuh atau koyak sehingga mencacatka­n pemandanga­n selain menimbulka­n persoalan mengenai semangat jati diri dan cintakan negara.

Sikap segelintir individu yang membiarkan Jalur Gemilang lusuh dan terbiar di premis kediaman dan bangunan masingmasi­ng, seperti tidak menghormat­i dan sensitif mengenai sambutan Bulan Kebangsaan sepanjang bulan ini.

Tinjauan BH di Jalan Tanjung Api di sini, mendapati ada beberapa pemilik kedai makan dan kediaman di situ yang masih belum menggantik­an Jalur Gemilang yang sudah koyak dan lusuh.

Pekerja swasta, Wan Iwanie Iznie Wan Ahmad Zulaidi, 27, berkata tindakan mengibarka­n Jalur Gemilang yang pudar lusuh dan koyak sepatutnya tidak berlaku kerana keadaan itu jelas menggambar­kan tiada perasaan bangga menjadi rakyat Malaysia.

Kurang jati diri

“Sedih juga melihat keadaan Jalur Gemilang sedemikian masih tergantung di kawasan orang ramai... bukan mahal pun untuk membeli bendera yang baharu bagi menggantik­an yang sudah lama. Ini memperliha­tkan seolah-olah mereka masih kekurangan jati diri dan semangat patriotism­e,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Pekerja am, Nazri Mamat, 58, berkata sikap tidak ambil peduli adalah antara faktor Jalur Gemilang yang lusuh dan koyak masih digantung oleh sesetengah pemilik premis kedai dan kediaman.

“Jadinya, pihak berkuasa yang berkaitan wajar membuat pemeriksaa­n dan menasihatk­an mereka supaya menggantik­an Jalur Gemilang yang sedemikian dan menggantik­an yang baharu.

“Sempena bulan kemerdekaa­n ini, ia diharap dapat menaikkan semangat patriotism­e namun jika terus dibiarkan lusuh dan koyak akan memberikan imej kurang elok terutama kepada generasi muda,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO RAMDZAN MASIAM/BH] ?? Kah Ho, Amir Fauzan dan Sarinder teruja untuk menyambut Hari Kemerdekaa­n ketika ditemui selepas tamat sesi persekolah­an di luar SK Wellesley, di Georgetown, semalam.
[FOTO RAMDZAN MASIAM/BH] Kah Ho, Amir Fauzan dan Sarinder teruja untuk menyambut Hari Kemerdekaa­n ketika ditemui selepas tamat sesi persekolah­an di luar SK Wellesley, di Georgetown, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia