Berita Harian

Lavillenie berang gelagat penyokong tuan rumah

-

Rio de Janeiro: Atlet lompat bergalah Perancis, Renaud Lavillenie mengakui berang dengan ejekan penonton di stadium yang menyaksika­n jaguh tuan rumah, Thiago Braz meraih pingat emas dalam persaingan yang mendebarka­n.

Lavillenie adalah pemenang pingat emas di London, empat tahun lalu namun Braz jelas lebih bertenaga untuk menang dengan catatan rekod baru Olimpik, 6.03 meter (m).

Ketika diminta mengulas mengenai kekalahann­ya, Lavillenie membanding­kan ejekan itu dengan ejekan yang diterima oleh atlet legenda Amerika Syarikat, Jesse Owens ketika temasya Olimpik di Berlin, Jerman pada 1936.

“Pada 1936 penonton tidak menggemari Jesse Owens. Kita tidak melihat perkara seperti itu lagi sehinggala­h ketika ini. Kami perlu berhadapan dengannya.,” katanya yang memenangi pingat perak.

Begitupun, Lavillenie kemudian memohon maaf atas komen yang dibuatnya dan berkata ia terkeluar daripada mulutnya selepas dia diminta untuk memberi perbanding­an selepas kejohanan ketika masih dalam keadaan marah.

Rasa terganggu

“Lebih baik berada di rumah di depan televisyen berbanding datang ke sini dan bersiul. Sekurang-kurangnya, masih ada orang di stadium yang mahu melihat aksi sukan.

“Ia benar-benar mengganggu saya, saya dapat merasai kenakalan orang awal dan ia adalah sukan di mana kamu tidak pernah melihatnya. Saya amat faham yang rakyat Brazil di belakang Thiago, ia normal. Namun apa yang tidak normal ialah kurang rasa hormat kepada pencabar yang lain.

“Paling kurang, jika kamu tidak menyukai orang lain, jangan pedulikan mereka dan bukannya untuk menghina mereka. Kerana saya melihat apa yang mereka lakukan adalah satu penghinaan. Sesuatu yang mengejutka­n untuk melihatnya di Sukan Olimpik,” katanya.

Pingat gangsa dimenangi atlet Amerika Syarikat, Sam Kendricks yang turut kurang selesa dengan tindakan penonton di stadium namun berusaha untuk tidak menghirauk­annya.

 ??  ?? Renaud Lavillenie
Renaud Lavillenie

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia