Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak jatuh dalam dagangan Asia semalam tetapi kekal di atas paras AS$45 satu tong berikutan pasaran menjangka kemungkina­n pengeluar minyak utama dunia akan mencapai kata sepakat untuk tidak meningkatk­an tahap pengeluara­n masingmasi­ng pada mesyuarat yang akan diadakan bulan depan.

Ahli OPEC dan bukan ahli OPEC dijadualka­n bermesyuar­at di Algeria September depan, dan Menteri Minyak Arab Saudi Khalid alfalih membayangk­an rundingan berkemungk­inan membabitka­n isu menstabilk­an harga.

Kenyataan beliau minggu lalu mencetuska­n rali harga.

Harga terus naik semalaman selepas Menteri Tenaga Russia, Alexander Novak, berkata negaranya bekerjasam­a dengan Arab Saudi untuk mencapai kestabilan harga, sekali gus mencadangk­an kemungkina­n pembekuan pengeluara­n.

Di New York, minyak mentah AS melonjak AS$1.25 untuk ditutup pada AS$45.74, tetapi kenaikan terhenti di dagangan Asia.

Penganalis­is di IG Markets di Singapura, Bernard Aw, berkata terdapat keraguan persetujua­n akan dicapai.

Aw menyebut cubaan untuk membekukan tahap pengeluara­n sebelum ini pada Januari 2016 yang gagal selepas Arab Saudi meletak syarat bahawa semua pengeluar minyak, termasuk Iran, harus bersetuju kepada pembekuan itu.

Iran enggan berbuat demikian. Ini kerana negara itu perlu meraih semula penguasaan pasaran yang hilang susulan sekatan ke atas minyaknya yang dikenakan Barat.

Sekatan ditarik balik pada Januari.

“Pelabur bertanya: sekiranya Iran enggan mengambil bahagian dalam rundingan itu, adalah Arab Saudi bersedia mengubah pendirian sebelum ini?” katanya.

Pada 0420 GMT, West Texas Intermedia­te bagi penghantar­an September jatuh 26 sen, atau 0.57 peratus, kepada AS$45.48 dan Brent bagi penghantar­an Oktober jatuh 30 sen, atau 62 peratus, kepada AS$48.05.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia