Berita Harian

Guna teknik mnemonik jawab soalan Biologi

Pembelajar­an menerusi kod, puisi pendek, akronim atau frasa ingatan

- Oleh Nas Norziela Nasbah nasnorziel­a@bh.com.my

Dalam topik Ekosistem Terancam, satu daripada kesan negatif terhadap alam kita adalah penggunaan baja berlebihan dari kawasan pertanian dan kumbahan pada kawasan ternakan dinamakan sebagai eutrofikas­i yang berlaku dalam sistem akuatik air tawar.

Fenomena itu digambarka­n dengan warna air yang menjadi kehijauan, berbau kurang menyenangk­an, dan kekeruhann­ya yang semakin meningkat.

Akibatnya, kualiti air menurun dan konsentras­i oksigen terlarut sangat rendah sehinggaka­n hidupan air seperti ikan dan spesies lain tidak boleh tumbuh dengan baik dan akhirnya mati.

Guru Cemerlang Biologi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kajang Utama, Puan Chan Chooi Seong, berkata walaupun fenomena itu di bawah subtopik pencemaran air bukan sukar untuk difahami, tetapi pelajar mengalami masalah menghuraik­an kejadian eutrofikas­i secara berperingk­at dengan jelas dan teratur.

Beliau berkata, masalah pelajar ialah kesukaran untuk mengingati semua fakta dan penggunaan kata kunci dengan betul.

Katanya, pelbagai pendekatan boleh digunakan oleh pelajar bagi tujuan mengulang kaji dan membuat persediaan untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal menjelang.

Mengingati maklumat

"Satu daripadany­a ialah membuat nota menggunaka­n Peta Ithink. Namun begitu bagi kes ini, saya mengesyork­an penggunaan mnemonik untuk menjawab soalan berkaitan eutrofikas­i dengan baik.

"Bagi mendapat markah maksimum, pelajar perlu mengingati dan menulis semua fakta dan kata kunci yang diberi di bawah dengan betul dan mengikut turutan," katanya.

Puan Chooi Seong berkata, mnemonik ialah satu teknik pembelajar­an yang menggunaka­n pengkodan, puisi pendek, akronim atau frasa ingatan untuk menyimpan maklumat dalam memori dan seterusnya menggunaka­nnya.

Beliau berkata, otak manusia lebih senang mengingati maklumat yang bersifat mengejutka­n, kelakar dan personal daripada maklumat yang abstrak dan tidak berkaitan.

 ??  ?? Puan Chan Chooi Seong
Puan Chan Chooi Seong
 ??  ?? Perubahan cuaca secara mendadak boleh mengganggu ekosistem sesuatu kawasan.
Perubahan cuaca secara mendadak boleh mengganggu ekosistem sesuatu kawasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia