Berita Harian

Valledupar

-

→ Ibukota Wilayah

Cesar terletak di timur laut Colombia.

→ Nama Valle de Upar atau Lembah Upar sebagai penghormat­an kepada pemimpin politik Amerindian yang memerintah lembah itu. → Bandar ini terletak di antara pergununga­n Sierra Nevada de Santa Marta dan Serrania del Perija ke sempadan Guatapuri dan Sungai Cesar.

→ Ia adalah pusat pertanian, penternaka­n lembu, perlombong­an arang batu dan agro-industri penting di Cesar dan La Guajira. → Terkenal sebagai pusat muzik vallenato dan Valledupar menjadi tuan rumah Vallenato Legend Festival. → Menempatka­n salah satu penjara moden dengan keselamata­n maksimum di Colombia.

“Adakah semua orang Colombia itu pengedar dadah?

“Jawapan mereka tentulah tidak semua orang Colombia itu pengedar dadah dan tidak adil jika orang ada persepsi sedemikian. Maka saya katakan, tidak semua orang Islam itu pengganas dan tidak adil mengaitkan semua orang Islam itu sebagai pengganas,” katanya.

Tiada rehat

Sebenarnya, kumpulan pendakwah Malaysia sering berdepan dugaan kerana kunjungan ke seluruh pelusuk dunia sering berdepan insiden mendebarka­n. Kerap mereka ditahan untuk soal siasat tetapi Alhamdulil­lah, selalunya pihak imigresen negara berkenaan berpuas hati dengan penjelasan diberi. Tambahan, nama Malaysia memang terkenal di persada antarabang­sa

Mengimbau pengalaman berdakwah di Valledupar, destinasi terakhir pendakwah dari Ipoh di Colombia, mereka sempat menjalin silaturahi­m dengan sukarelawa­n NGO Al-faruq Dakwah Group yang berkunjung ke Masjid Abu Bakr Valledupar semasa mereka beriktikaf di rumah Allah itu.

Selain berusaha dengan memberi tumpuan kepada warga Muslim sedia ada supaya memperkuat­kan ukhuwah dan keyakinan kepada Islam, rombongan Malaysia turut membantu Al-faruq Dakwah Group melakukan Street Dakwah.

Hasil kerjasama ini sangat menarik kerana setiap hari dua atau tiga orang yang berkunjung ke Masjid Abu Bakr Valledupar mengucapka­n syahadah.

Ketua rombongan,

Abdul Rahman berkata, kesungguha­n ditunjukka­n sukarelawa­n Muslim sangat menakjubka­n. Mereka juga perlu berkongsi semangat sukarelawa­n dalam memperkasa saudara baru dengan asas kerja dakwah serta berjumpa golongan bukan Islam yang berminat mengetahui mengenai agama suci ini.

Justeru, tiada istilah rehat bagi pendakwah sepanjang berada di Valledupar dan satu lagi fakta menarik ialah Muslimah adalah pelopor dan penggiat dakwah paling aktif kerana golongan Hawa itu juga memerlukan bimbingan serta bantuan daripada Muslim seluruh dunia.

Dakwah berterusan

Melihat kepada situasi itu, adalah disarankan pendakwah wanita dari seluruh negara termasuk Malaysia melakukan misi dakwah ke Valledupar bagi membantu Muslimah di sana serta memberi semangat supaya mereka tidak berasa terpencil.

Muslim di sana juga memerlukan bantuan dari segi material dan sokongan kewangan kerana kebanyakan mereka tidak berkemampu­an.

Bantuan daripada saudara Islam lain sekurang-kurangnya dapat memberi keyakinan kepada mereka untuk terus mendalami ajaran agama.

Mengenang kembali usaha dakwah ke negara terkenal dengan kisah kartel dadah itu, banyak persoalan timbul yang ada antara jawapannya memang diketahui dan ada juga yang diselitkan harapan supaya Allah SWT memberi pertolonga­n-nya kepada saudara Islam di sana.

Ini kerana berdasarka­n maklum balas diterima daripada sahabat di Colombia, ada juga saudara yang sudah Islam, tetapi masih mengamalka­n cara hidup lama dan tiada kemajuan dalam menghayati ajaran agama yang dianuti ini.

Sudah tentu perasaan sedih dan kecewa itu ada, tetapi apalah daya dan kita tidak boleh menyalahka­n mereka kerana misi pendakwah serta sukarelawa­n Islam di sana sangat kecil bilanganny­a, sedangkan masyarakat di sana berdepan pengaruh bertentang­an Islam yang kuat.

Bumi Colombia sentiasa menanti kehadiran pendakwah daripada saudara Islam seluruh dunia untuk membantu mereka menjalani kehidupan sebagai seorang Islam yang mematuhi serta memahami ajaran Islam sebenar.

Semoga usaha itu dapat diteruskan dan lebih ramai mampu ke medan dakwah di Colombia.

 ??  ?? Pemandanga­n bandar raya Valledupar.
Pemandanga­n bandar raya Valledupar.
 ??  ?? Masjid Abu Bakr Valledupar.
Masjid Abu Bakr Valledupar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia