Berita Harian

Hati Yuna terguris

-

Sejak kebelakang­an ini, terlalu banyak status yang dikongsi penyanyi Yuna di laman sosial mengundang tanda tanya dan menyinggun­g perasaan pengikutny­a.

Biarpun tulisannya itu jelas menggambar­kan pendirian Yuna terhadap sesuatu isu yang membabitka­n dirinya, namun tetap ada suara nakal yang mempersoal­kan tindakanny­a itu.

Antara kontrovers­i yang membabitka­n Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Mat Zara‘ai ini adalah mengenai amarahnya terhadap isu parodi lagu Crush yang disifatkan­nya berbaur perkauman.

Selain itu, Yuna mendakwa bangsanya sendiri paling banyak mengkritik terutama ketika insiden dipeluk penyanyi Usher hangat diperkatak­an, barubaru ini.

Berikutan status yang dimuat naiknya itu, Yuna terus dikecam sehingga ada yang menganggap penyanyi berusia 29 tahun ini sudah mula besar kepala dan lupa diri akibat dikaburi kejayaan.

Bertemu penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Dan Sebenarnya ini, petang Selasa lalu, soalan inilah yang dibangkitk­an.

Kecewa tanggapan negatif

Bukan mahu mengungkit kisah lama. tetapi sekadar mahukan penjelasan sebenar gadis tinggi lampai ini berhubung isu itu. Tentu ramai yang menantikan kenyataan daripada bibirnya sendiri, bukan sekadar membaca perkongsia­n dalam media sosial yang mungkin maksudnya tidak sama dengan apa yang terbuku di hati.

Menurut penyanyi kelahiran Kedah Darul Aman ini, kelantanga­nnya itu adalah disebabkan terlalu kecewa dengan tanggapan negatif yang selama ini dilemparka­n terhadapny­a.

“Hati mana yang tidak terguris apabila dipanggil ‘perempuan sampah’. Saya bersuara kerana mahu mengubah mentaliti masyarakat kita yang suka mengutuk jika nampak sesuatu yang tidak sempurna di mata mereka.

“Keluarga saya tak pernah mengajar cakap yang bukanbukan.

Ustazah saya sendiri tidak pernah mengeluark­an katakata yang tidak elok apabila terlihat sesuatu yang salah di sisi agama.

“Bukankah lebih bagus jika kita mendoakan yang baikbaik buat seseorang itu daripada kita memaki hamun mereka. Kita kena ada rasa hormat kepada seseorang.

“Jangan kerana dia tidak sempurna, kita boleh kutuk dia sesuka hati. Islam sendiri tidak mengajar kita untuk menghentam orang,” katanya selepas acara pertunjuka­n fesyen Hattaxyuna di Kuala Lumpur, berakhir.

Jadikan pengajaran

Dalam temu bual itu juga, Yuna turut menyangkal dakwaan kononnya dia tidak boleh dikritik dan cepat melenting seperti maklum balasnya terhadap kontrovers­i video parodi yang disiarkan oleh sebuah stesen televisyen (TV), barubaru ini.

“Tujuan saya bangkitkan isu itu adalah kerana video terbabit boleh mencetuska­n isu lain yang sangat sensitif iaitu perkauman.

“Bayangkan saya di sana seorang diri. Bagaimana kalau perkara ini diperbesar­kan, pasti saya yang akan menanggung akibatnya. Dakwaan yang mengatakan saya seorang yang untouchabl­e (tidak boleh disentuh) adalah tidak benar sama sekali.

“Sebelum ini pun, mereka pernah menyiarkan video parodi saya dan menayangka­nnya di depan saya. Bagaimanap­un saya tidak pernah marah, selain menganggap­nya sebagai sesuatu yang melucukan.

“Saya harap apa yang berlaku ini dapat dijadikan pengajaran dan rakyat Malaysia kena ubah sikap mereka. Saya anggap kita semua satu keluarga, jadi tak perlulah nak berdengki sesama sendiri,” kata pemegang Ijazah Undangunda­ng Universiti Teknologi MARA (UITM) ini.

Selepas meluahkan segala isi hatinya itu, Yuna mengakui cukup lega dan dia tidak mahu lagi mengenang perkara itu. Yuna mahu terus fokus terhadap kerjaya nyanyianny­a yang semakin menyinar itu.

Duet dengan Sonaone

Pada majlis itu, Yuna turut memperdeng­arkan lagu terbaharun­ya yang berjudul Pulang. Lagu hasil tulisannya itu disampaika­n secara duet dengan penya nyi terkenal Sonaone.

Menurut Yuna, lagu itu ditulis ketika dia berada di Los Angeles (LA). Liriknya antara lain mengisahka­n seorang anak rantau yang merindui keluarga, teman serta buah hati yang jauh di mata apabila terpaksa berpisah disebabkan kerja.

“Saya memang sudah lama mahu bekerjasam­a dengan Sonaone dan baru kini impian itu terlaksana. Ketika menulis lagu ini

 ?? [ FOTO AZIAH AZMEE / BH ] ?? Yuna bersama Sonaone ketika pertunjukk­an fesyen Hattaxyuna di Kuala Lumpur.
[ FOTO AZIAH AZMEE / BH ] Yuna bersama Sonaone ketika pertunjukk­an fesyen Hattaxyuna di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia