Berita Harian

Zizan temui pengganti?

-

Kuala Lumpur: Selepas tiga tahun dibekukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini membuka kembali permohonan baharu untuk lesen rumah urut, pusat refleksolo­gi dan aromaterap­i, di sekitar ibu kota sejak 15 Ogos lalu.

Tidak termasuk yang beroperasi secara haram, ketika ini ada lebih 1,100 premis dilesenkan DBKL, merangkumi 732 pusat rawatan kaki atau refleksolo­gi; 175 urut badan dan 196 lesen pusat spa.

Berdasarka­n notis pembukaan lesen baharu yang dipamerkan Kaunter Pelesenan DBKL, ia turut menyatakan permohonan baharu dibenarkan kecuali terhadap tujuh kawasan yang dikenal pasti.

Tujuh kawasan yang masih dibekukan ialah Bukit Bintang; Endah Parade, Sri Petaling; Rimbunan Raya, Kepong; Bangsar Baru; Desa Sri Hartamas; Kuchai Maju dan Kuchai Entreprene­urs Park.

DBKL turut membuka semula permohonan lesen bagi pusat hiburan keluarga, pusat dan kafe siber serta tempat mengumpul barang lusuh dan besi buruk.

Pengusaha langgar syarat

Pembekuan lesen baharu pusat urut, refleksolo­gi dan aromaterap­i dibekukan mulai Oktober 2013 kerana ramai pengusaha melanggar syarat ditetapkan DBKL seperti menyalahgu­nakan premis untuk aktiviti tidak bermoral.

Bagaimanap­un, setakat ini DBKL tidak dapat memberikan jumlah lesen yang telah ditarik balik dengan alasan tidak mempunyai data yang tepat.

Pengarah Bahagian Pelesenan dan Pembanguna­n Penjaja DBKL, Datuk Ibrahim Yusof, berkata DBKL menyemak semula pembekuan dengan mengambil kira semua aspek, termasuk permintaan pelanggan, lokasi dan status rumah urut sedia ada.

Mengulas sama ada langkah itu dibuat susulan desakan pihak tertentu, Ibrahim menegaskan, ia dilakukan dengan mengkaji keperluan penambahan rumah urut baharu dan kesukaran dihadapi peniaga dan kumpulan yang hendak melaksanak­an perniagaan itu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia