Berita Harian

SIASATAN KES RASUAH

Suspek ditahan bantu siasatan kes salah laku dana RM15 juta

- Oleh Zanariah Abd Mutalib dan Ilah Hafiz Aziz

Pengarah urusan bank dan 3 individu ditahan reman tiga hari

Pengarah urusan sebuah bank tempatan dan tiga individu lain direman tiga hari bermula semalam, bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dan penyelewen­gan dana bernilai RM15 juta.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman, mengarahka­n perintah reman ke atas semua suspek lelaki terbabit di Mahkamah Majistret di sini, sehingga esok.

Kakitangan syarikat buku

Jurucakap Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkata tiga suspek lain ialah pengarah dan kakitangan sebuah syarikat penerbitan buku serta bekas pegawai bank berkenaan.

“Semua mereka ditahan di sekitar Kuala Lumpur dan ketika datang ke ibu pejabat SPRM di sini, antara jam 2 petang hingga tengah malam kelmarin,” katanya.

Kelmarin, pengarah urusan bank berpangkat Datuk berusia 48 tahun berkenaan ditahan di pejabatnya kira-kira jam 2 petang bagi siasatan berhubung tender penukaran sistem bank dan penerbitan biografi mengenai seorang pemimpin negara.

Jurucakap SPRM berkata, suruhanjay­a itu turut merampas enam jam tangan mewah yang setiap satu bernilai RM20,000 dan wang tunai RM30,000 daripada suspek bergelar Datuk itu.

Terdahulu, lapan individu tiba di Mahkamah Majistret bermula jam 9 pagi untuk ditahan reman bagi kes berkenaan, namun empat daripada mereka dilepaskan iaitu isteri bekas kakitangan bank, dua peguam wanita dan penulis buku.

Dana sudah diagih

Sementara itu, sumber berkata, dana penghasila­n buku tokoh politik yang dikatakan diseleweng pengarah urusan sebuah bank tempatan berpangkat Datuk dikesan sudah dibahagika­n kepada beberapa syarikat.

Katanya, suspek mempunyai kepentinga­n dengan semua syarikat itu yang dipercayai dimiliki oleh sanak saudaranya.

“Apabila dana bernilai RM15 juta diluluskan bank, duit itu disalurkan kepada lebih daripada sebuah syarikat melalui Pejabat Peguam yang dilantik.

“Dana itu dipercayai dibahagi untuk diberikan kepada beberapa syarikat itu.

“Dia dikatakan melakukan perbuatan itu ketika berkhidmat sebagai Pengarah Urusan,” katanya kepada BH, semalam.

Sumber menjelaska­n, buku biografi pemimpin itu dilancarka­n tahun lalu oleh bank terbabit, namun sehingga kini tiada naskhah dihasilkan.

 ?? [FOTO FARIZ ISWADI ISMAIL/BH] ?? Suspek kes seleweng dana dibawa ke Mahkamah Majistret untuk perintah tahanan reman di Putrajaya, semalam.
[FOTO FARIZ ISWADI ISMAIL/BH] Suspek kes seleweng dana dibawa ke Mahkamah Majistret untuk perintah tahanan reman di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia