Berita Harian

ISU BANGSA JOHOR

Tindakan Tun Mahathir bangkit isu Bangsa Johor dibantah rakyat

-

Gabungan NGO Melayu Johor desak Dr Mahathir mohon maaf

Oleh Oleh Junita Mat Rasid, S Anand Kumar dan Faizul Azlan Razak

Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu Johor (GABUNG) yang dianggotai 735 NGO, mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf berhubung kenyataan bekas Perdana Menteri itu mengenai Bangsa Johor.

Desakan sama itu turut disuarakan Persekutua­n Persatuan India Johor (GAPEN), Gabungan Persatuan India Parlimen Gelang Patah dan Gabungan Persatuan dan Kelab India Daerah Johor Bahru.

Presiden GABUNG, Zaini Atan, berkata Dr Mahathir seharusnya menyedari bahawa identiti Bangsa Johor yang diguna pakai selama ini tidak pernah memecah-belahkan keharmonia­n atau penyatuan antara kaum di Johor.

Katanya, Dr Mahathir perlu memahami rakyat Johor tanpa mengira kaum sentiasa menyokong padu konsep Bangsa Johor dan menghormat­i Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

“Kami semua adalah Bangsa Johor dan hidup bersatu padu selama ini.

“Kami tidak tahu apakah agenda Dr Mahathir menyentuh mengenai Bangsa Johor yang selama ini menjadi alat penyatuan dalam kalangan rakyat di negeri ini.

“Identiti ini tidak seharusnya dipolitikk­an. Sehubungan itu, pelbagai NGO di Johor mahu Dr Mahathir memohon maaf kepada rakyat Johor dan menarik balik kenyataan berhubung Bangsa Johor,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Kelmarin, sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan teguran Sultan Ibrahim terhadap Dr Mahathir yang mendakwa penggunaan istilah Bangsa Johor boleh meruntuhka­n perpaduan rakyat.

Tunjang penyatuan kaum

Wakil GAPEN, K Balakrishn­an, pula berkata Dr Mahathir tidak perlu mengeluark­an apa-apa kenyataan kerana penduduk negeri ini amat memahami istilah Bangsa Johor yang selama ini menjadi tunjang penyatuan rakyat pelbagai kaum.

“Kami tidak tahu mengapa tiba-tiba konsep Bangsa Johor yang menjadi identiti rakyat Johor dijadikan isu oleh Dr Mahathir. Kami ingin menyatakan bahawa Bangsa Johor sentiasa berdiri teguh memberi sokongan padu kepada Sultan Ibrahim dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin,” katanya.

Di Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim, berkata Dr Mahathir tidak sepatutnya membangkit­kan isu berkenaan kecuali ada niat lain.

Katanya, sebagai pemimpin ternama yang dihormati dan berjasa kepada negara, bekas Perdana Menteri itu sepatutnya berhati-hati apabila membuat kenyataan.

“Saya hairan kenapa isu lama kembali dibangkitk­an semula melainkan ada niat cuba melaga-lagakan dan memecah belahkan kita.

“Sebagai pemimpin, kita sepatutnya lebih bertanggun­gjawab dan bukan mengeluark­an kenyataan tidak menguntung­kan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Marang di sini, semalam.

Marang,

 ?? [FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN/BH] ?? Beberapa NGO di Johor Bahru mengadakan sidang media mendesak Dr Mahathir memohon maaf berhubung kenyataan isu Bangsa Johor, semalam.
[FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN/BH] Beberapa NGO di Johor Bahru mengadakan sidang media mendesak Dr Mahathir memohon maaf berhubung kenyataan isu Bangsa Johor, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia