Berita Harian

Malaysia hargai sumbangan mendiang SR Nathan

-

Kuala Lumpur: Malaysia menghargai sumbangan besar bekas Presiden Singapura SR Nathan yang banyak memainkan peranan dalam mengukuhka­n hubungan antara Malaysia dan Singapura.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata mendiang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjay­a Tinggi Singapura ke Malaysia, sebelum dipilih sebagai Presiden Singapura.

Rakamkan ucapan takziah

“Untuk itu, kerajaan amat menghargai semua sumbangann­ya itu,” katanya turut menyatakan kerajaan dan rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.

Najib berkata demikian selepas hadir menandatan­gani buku takziah di Suruhanjay­a Tinggi Singapura di sini, sebagai penghormat­an kepada bekas Presiden itu yang meninggal dunia pada Isnin.

Beliau tiba di suruhanjay­a itu pada jam 8.30 pagi disambut Pesuruhjay­a Tinggi Singapura, Vanu Gopala Menon dan meluangkan masa kira-kira 10 minit sebelum beredar.

Nathan, 92, meninggal dunia di Hospital Besar Singapura pada jam 9.48 malam, Isnin lalu, selepas diserang angin ahmar.

Di Singapura, tiga menteri Kabinet Malaysia iaitu Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menghadiri upacara pengebumia­n Nathan di University Cultural Centre (UCC), National University of Singapore.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia