Berita Harian

Platform terbaik erat hubungan berbilang kaum

-

Johor Bahru: Pembanguna­n ekonomi Johor yang semakin pesat adalah hasil permuafaka­tan Bangsa Johor yang berjaya menyatukan negeri sehingga menjadi antara kuasa ekonomi tersohor, bukan hanya di Malaysia, malah di rantau ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Perdaganga­n dan Kepengguna­an negeri, Datuk Tee Siew Kiong, berkata sejak tiga tahun berturut-turut, Johor menduduki tangga teratas bagi pelaburan sektor pembuatan di Malaysia dengan nilai keseluruha­n RM66.6 bilion, selain mewujudkan 55,815 peluang pekerjaan.

Timbalan Pengerusi Perhubunga­n MCA Johor itu berkata, pembanguna­n Iskandar Malaysia pula menjadi koridor ekonomi paling berjaya di Malaysia dengan nilai pelaburan terkumpul setakat ini RM202.45 bilion dengan mewujudkan 605,381 peluang pekerjaan.

“Kemajuan dikecapi hari ini bukan datang bergolek. Ia hasil usaha gigih pemimpin Johor terdahulu yang sejak awal lagi sudah berfikir jauh, memikirkan cara terbaik untuk menyatukan rakyat Johor pelbagai keturunan.

“Masyarakat Cina sentiasa menolak usaha yang mahu memecahbel­ahkan permuafaka­tan di antara kita. Meroboh tentunya lebih mudah dari membina,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Tak pernah jejas perpaduan

Pengerusi Jawatankua­sa Perpaduan dan Sumber Manusia Johor, R Vidyananth­an, berkata penggunaan istilah Bangsa Johor tidak pernah menjejaska­n semangat perpaduan rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

“Sebagai orang yang bertanggun­gjawab dalam portfolio perpaduan di Johor, saya tidak pernah mendapat maklum balas bahawa identiti (Bangsa Johor) ini menjejaska­n semangat perpaduan,” katanya.

Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, berkata istilah Bangsa Johor bukan sesuatu yang pelik atau bertentang­an dengan perpaduan serta semangat muhibah, sebaliknya menjadi platform terbaik untuk mengeratka­n lagi hubungan masyarakat.

“Tidak timbul soal kenegerian... tidak sama sekali. Kita melihatnya secara jauh dan menyeluruh yang akan menambahka­n lagi ikatan dan hubungan antara masyarakat. Perkataan Bangsa Johor itu sendiri sudah lama wujud, sebab itu lagu Johor sendiri bertajuk Bangsa Johor,” katanya.

Ketua Puteri UMNO Johor, Rohaizah Ahmad, berkata ungkapan Bangsa Johor mencakupi makna permuafaka­tan dari sudut perpaduan dan keakraban masyarakat, kejiranan serta kepelbagai­an pendapat berbilang kaum serta menjadikan masyarakat di bawah satu rumpun dengan gelaran Bangsa Johor.

“Pada pendapat saya seharusnya negeri lain juga perlu mencontohi dan melihat dari sudut positif semangat nasionalis­me Johor kerana ia bukan sesuatu yang berunsur negatif. Pandanglah konsep Bangsa Johor ini sebagai cara yang sihat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia