Berita Harian

Siasat Tun M isu tiga Tan Sri dikhianati

-

Alor Setar: Kelab Belia Darul Aman meminta polis menyiasat dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad membabitka­n tiga pegawai tinggi kerajaan yang didakwa bersubahat untuk mengguling­kan Datuk Seri Najib Razak, ‘dikhianati’ seorang daripada mereka.

Pengerusin­ya, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri, berkata kenyataan bekas Perdana Menteri itu mengundang episod baharu berhubung laporan polis yang dibuat oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berhubung perkara yang sama.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Setar, berkata Dr Mahathir perlu dipanggil memberi keterangan dan disoal siasat kerana mengetahui secara mendalam isu pengkhiana­tan dan konspirasi menjatuhka­n kepemimpin­an negara.

“Tindakan wajar perlu dilakukan segera kerana kes ini berprofil tinggi membabitka­n peranan orang kenamaan.

Isu jejas keselamata­n negara

“Isu ini boleh menjejaska­n keselamata­n negara, kestabilan politik dan isu integriti sumpah menyimpan rahsia dan setia kepada kerajaan yang sepatutnya dijulang oleh tiga orang penjawat awam utama negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Baru-baru ini, Dr Mahathir mendakwa tiga pegawai tinggi kerajaan yang dituduh bersubahat untuk mengguling­kan Najib, ‘dikhianati’ seorang daripada mereka.

Sebelum ini, Khairul Azwan mendakwa bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz; bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed, bersubahat dengan Dr Mahathir untuk menjatuhka­n Najib.

Khairul Azwan mendakwa ia berdasarka­n kepada komen bersama antara Dr Mahathir dengan Zeti, Abdul Gani dan Abu Kassim mengenai laporan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dengan media antarabang­sa di Jakarta, Indonesia.

Syed Mohd Johan berkata, apabila siasatan terperinci dilakukan, individu keempat yang juga bergelar Tan Sri yang didakwa mengkhiana­ti pakatan konspirasi yang diketuai Dr Mahathir dapat diperjelas­kan kepada masyarakat supaya segala spekulasi dapat dirungkai.

“Saya berharap, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dapat memperhalu­si isu ini yang sebenarnya perlu disiasat untuk mencari kebenaran,” katanya.

Isu boleh menjejaska­n keselamata­n negara, kestabilan politik.

 ??  ?? Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri
Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia