Berita Harian

Madu kelulut bakal jadi produk ‘super food’

-

Kuantan: Pengusaha tempatan wajar merebut peluang menyahut kempen ternakan madu kelulut yang akan dijadikan produk ‘super food’ pertama negara pada tahun hadapan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata kempen itu sudah dimulakan bagi menggalakk­an penyertaan pengusaha tempatan.

Beliau berkata, Institut Penyelidik­an Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sedang melakukan penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) bagi menentukan piawaian kualiti, penggredan pembungkus­an dan pelabelan yang standard.

Katanya, kajian klinikal juga sedang dilakukan bagi mengiktira­f dan mengesahka­n khasiat sebenar madu kelulut sebelum dijadikan produk ‘super food’ pertama negara.

“Setakat ini berdasarka­n kajian awal kita tahu bahawa madu kelulut mempunyai nilai anti oksida empat kali ganda lebih tinggi daripada madu lain, termasuk keluaran dari Australia dan New Zealand.

“Matlamat kita menjadikan madu kelulut sebagai produk premium seperti madu Yaman yang harganya RM45 sekilogram, sekali gus menguntung­kan pengusahan­ya,” katanya ketika berucap merasmikan Road to MAHA Zon Timur di Taman Agroteknol­ogi MARDI Cherating di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif, Pengerusi MARDI, Datuk Fadil Osman.

Ahmad Shabery juga berkata, ternakan madu kelulut di negara ini lebih baik dan moden berbanding negara lain dan tidak memerlukan modal besar untuk diusahakan.

Kesan pengusaha terjejas Kuala Terengganu,

Sementara itu, di

Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Ahmad Zakaria Mohamad Sidek, berkata Jabatan Pertanian Malaysia kini sedang menjalanka­n bancian bagi mengesan jumlah pengusaha kelulut yang terjejas akibat serangan larva serangga lalat askar hitam (BSF).

Buat masa ini, katanya, jabatan melalui pegawainya di seluruh negara akan memberi bantuan teknikal kepada pengusaha terjejas.

“Bantuan teknikal bagi langkah pencegahan dan menghapusk­an serangan sudah diberi kepada pengusaha yang membuat laporan mengenai permasalah­an itu.

“Bagaimanap­un, pengusaha yang terbabit dengan serangan itu tetapi belum membuat laporan kepada Jabatan Pertanian Negeri hendaklah segera berbuat demikian agar kami dapat mengumpul data mengenai jumlah kerugian dan bentuk bantuan yang boleh diberikan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia