Berita Harian

Pelajar Malaysia menang perak

Hwa Ee siapkan reka bentuk digital dalam masa lapan jam guna ‘Adobe digital design tools’

- Oleh Mohd Zulkifli Zainuddin

Pelajar Universiti Kolej Tunku Abdul Rahman, mengharumk­an nama negara selepas memenangi pingat perak pada Kejuaraan Dunia Adobe Certified Associate (ACA), yang berlangsun­g di Florida, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Multimedia Kreatif, Nicholas Ng Hwa Ee, 22, yang diberi cabaran menyiapkan reka bentuk digital dalam masa lapan jam menggunaka­n ‘Adobe digital design tools’ bersaing dengan 32 peserta akhir dari 19 negara.

Beliau menerima hadiah berupa biasiswa bernilai RM10,050 (USD 2,500).

Kejuaraan dunia kali keempat yang ditaja Certiport dan Adobe, syarikat penyedia penyelesai­an penyampaia­n ujian utama untuk tenaga kerja global dan pasaran akademik itu menarik 230,000 penyertaan dari seluruh dunia yang bermula dari 7 hingga 10 Ogos lalu.

Pertanding­an bertujuan mempamerka­n kemahiran komunikasi digital dan menggalakk­an pensijilan industri itu dimenangi Lourdes Gimena Anquiano Bermúdez dari Mexico.

Peningkata­n penyertaan

Presiden Pearson Assessment­s, Bob Whelan, berkata jumlah penyertaan ACA hampir tiga kali ganda tahun ini, membuktika­n lebih ramai pelajar menyedari kepentinga­n pensijilan Adobe Certified Associate bagi mengesahka­n kemahiran mereka.

“Pelajar diminta mencipta risalah pemasaran digital untuk Festival Seni Kanak-kanak Sedunia (ICAF), seni sukan Olimpik keenam, menggunaka­n Adobe Photoshop CC, Adobe Illustrato­r CC atau Adobe Indesign CC.

“Mereka diadili berdasarka­n kemahiran teknikal dan kreativiti, selain kemampuan melaksanak­an wawasan serta mesej pelanggan sebagai persediaan ke dunia pekerjaan,” katanya.

Sementara itu, Penaja dan Pengerusi ICAF, Dr Ashfaq Ishaq, berkata tahap kepakaran finalis Kejohanan Dunia ACA melebihi jangkaan pihaknya selepas mereka berjaya menghasilk­an risalah digital yang mengagumka­n.

 ?? [FOTO IHSAN PEMBACA] ?? Hwa Ee menang pingat perak pada Kejuaraan Dunia ACA.
[FOTO IHSAN PEMBACA] Hwa Ee menang pingat perak pada Kejuaraan Dunia ACA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia