Berita Harian

Kisah benar ungguli Anugerah Video Belia 2016

-

Kuala Lumpur: Bersandark­an kisah benar kehidupan kanak-kanak di Kampung Muhibbah, Sandakan, Sabah, membawa tuah kepada produksi Dreamers dari Fakulti Filem, Teater, dan Animasi, Universiti Teknologi Mara (UITM) Puncak Perdana apabila memenangi hadiah utama Anugerah Video Belia 2016.

Kemenangan itu membolehka­n produksi terbabit menerima RM8,000, sijil, dan piala. Turut dimenangi, Trofi Video Universiti Terbaik dan Anugerah Pensyarah Terbaik yang masing-masing berupa wang tunai RM1,000 serta piala.

Pengarahny­a, Puteri Purnama Sugua, berkata impiannya sejak kecil untuk menyampaik­an mesej dan kehidupan kanak-kanak di kampung itu kepada umum.

“Saya berasal dari sana dan kanak-kanak di sini kurang mendapat kemudahan terutama bidang pendidikan.

“Idea jalan cerita adalah secara spontan, sewaktu produksi kami beramah mesra dengan Aming, seorang kanak-kanak kampung berkenaan yang tidak bersekolah,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaia­n hadiah, di sini, semalam.

Kaji kehidupan kanak-kanak

Puteri Purnama berkata, produksiny­a turut mengkaji kehidupan kanak-kanak senasib dengan Aming sekali gus berharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat menerusi video itu.

Sementara itu, Presiden Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Toi See Jong, berkata Anugerah Video Belia 2016 adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat terutama generasi muda supaya lebih menghargai kehidupan.

Katanya, anugerah berkenaan juga adalah untuk mencungkil bakat muda dalam industri perfileman bagi menyampaik­an mesej berkenaan kehidupan kepada umum.

 ?? [FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] ?? Timbalan Gabenor Bank Negara, Abdul Rasheed (tengah) bersama pemenang sempena majlis penyampaia­n hadiah Anugerah Video Belia 2016 di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] Timbalan Gabenor Bank Negara, Abdul Rasheed (tengah) bersama pemenang sempena majlis penyampaia­n hadiah Anugerah Video Belia 2016 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia