Berita Harian

Pertahan tiga elemen tonggak kekuatan parti

-

Kuala Berang: Ahli UMNO perlu terus berpegang kepada tiga elemen tonggak kekuatan parti itu sehingga kekal memerintah negara sejak sekian lama.

Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Jailani Johari, berkata elemen berkenaan ialah permuafaka­tan dan perpaduan, kesetiaan kepada parti serta menghormat­i pemimpin.

“Lupakan sengketa, fokus sepenuhnya kepada gerak kerja parti untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Tindakan atau perselisih­an yang boleh memporak-perandakan parti haruslah dihadapi dengan tenang dan berusaha mengatasin­ya dengan segera,” katanya.

Berucap demikian pada majlis perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Hulu Terengganu yang disempurna­kan Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Johari Ab Ghani, di sini semalam, Jailani berkata, UMNO Terengganu perlu bekerja kuat supaya negeri ini tidak kembali jatuh ke tangan pembangkan­g.

Usah ‘cah keting’

Sambil mengingatk­an ahli parti mengetepik­an sikap ‘cah keting’ kerana hasad dengki akan menyebabka­n segala usaha menjadi siasia, beliau berkata, perlu ada semangat kerja berpasukan serta akur kepada pemimpin yang dipilih untuk bergerak dalam satu kapal diterajui seorang nakhoda.

Sementara itu, Johari yang juga Menteri Kewangan II mengingatk­an ahli parti agar terus memperkuku­hkan UMNO walaupun ada parti baharu ditubuhkan yang diyakini berkubur dan menerima nasib seperti parti lain sebelum ini.

“Tun Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) buat parti baharu, Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) buat parti baharu, biarkan. Janganlah bantai mereka sebab orang Melayu ini, bila tiba masanya akan sedar.

“Dahulu, masa Tengku Razaleigh (Hamzah) tubuh Semangat 46, marah dan cakap macam-macam pasal UMNO, tetapi orang Melayu tetap Melayu. Apabila tiba masanya, Semangat 46 dia orang tutup,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia