Berita Harian

‘Waspada perangkap untuk pecah-belah orang Melayu’

Perpecahan kini semakin mencemaska­n, bakal musnah masa depan

- Oleh Mohamed Farid Noh

Ahli UMNO diminta berwaspada serta berhatihat­i dengan perangkap untuk memecah-belahkan orang Melayu di negara ini yang boleh memusnahka­n kuasa politik bangsa serta pentadbira­nnya.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perpecahan orang Melayu yang semakin nyata juga kian mencemaska­n dan bakal memusnahka­n masa depan bangsa itu sendiri.

Katanya, pelbagai cara dibuat untuk memecah-belahkan orang Melayu, terutama dengan menyerang institusi Presiden UMNO supaya ahli serta masyarakat hilang kepercayaa­n terhadap parti, malah ada ahli UMNO sendiri turut terpengaru­h.

Melemahkan parti

“Ia menyebabka­n UMNO semakin lemah, padahal ia perangkap untuk merosak serta memusnahka­n parti supaya kita hilang kuasa politik. Jika dahulu, orang Melayu berpecah dalam empat parti, UMNO, PAS, PKR dan DAP, kini mula berpecah kepada enam menerusi Parti Amanah Rakyat dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

“Perangkap ini menjadikan kita lalai, saling menuding jari menyalahka­n satu sama lain sejak dua tahun lalu. Oleh itu, kita perlu segera lupakan isu berbangkit, rapatkan barisan supaya fokus sebenar kita untuk menang pilihan raya, tidak tergelinci­r,” katanya.

Berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Parit Sulong di sini, semalam, Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata Tun Dr Mahathir Mohamad juga punca perpecahan orang Melayu yang kemudian menyertai beberapa parti kecil lain.

Setuju titah Sultan Johor

Katanya, beliau bersetuju dengan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang turut menyatakan Dr Mahathir adalah punca perpecahan sejak dahulu lagi.

“Tindakan Dr Mahathir menyebabka­n wujud parti seperti Semangat 46 yang kini sudah berkubur, PKR dan terbaru, Parti Pribumi yang tujuannya bagi menarik ahli UMNO. Itu salah satu tindakan yang memecahbel­ahkan orang Melayu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia