Berita Harian

UMNO mampu rampas Kelantan

-

Tanah Merah: UMNO Kelantan yakin mampu merampas semula negeri ini daripada PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), tidak lama lagi.

Pengerusin­ya, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata tiada alasan lagi UMNO tidak mampu memerintah Kelantan kerana faktor utama negeri ini kekal di bawah pentadbira­n PAS selama 26 tahun adalah disebabkan aura Allahyarha­m Datuk Nik Aziz Nik Mat.

“Kita tidak boleh lagi gunakan alasan berkenaan kerana aura itu sudah tiada. PRU nanti adalah waktu terbaik untuk kita merampas Kelantan. Pergolakan dalaman pembangkan­g juga memberi kita peluang dan masa yang suntuk ini perlu dimanfaatk­an sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Tanah Merah yang turut dihadiri Ketua UMNO bahagian berkenaan, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz, di sini, semalam.

Momentum tahap terbaik

Mustapa yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, berkata, momentum UMNO Kelantan juga kini pada tahap terbaik dan perlu dikekalkan sehingga PRU nanti.

“Selepas kunjungan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri minggu lalu, semangat UMNO Kelantan berkobar-kobar untuk bekerja keras merampas Kelantan.

“Semangat ini yang kita mahukan dan saya harap momentum itu semakin meningkat, disertai usaha berterusan bagi menghadapi PRU-14.

“Untuk mencapai kemenangan bukan mudah, terutama kerana Kelantan ditadbir PAS sejak 26 tahun lalu, namun ia tidak mustahil sekiranya semua pihak bekerja kuat demi parti,” katanya.

 ?? [FOTO FATHIL ASRI/BH] ?? Mustapa bersama perwakilan pada Mesyuarat UMNO Bahagian Tanah Merah, semalam.
[FOTO FATHIL ASRI/BH] Mustapa bersama perwakilan pada Mesyuarat UMNO Bahagian Tanah Merah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia