Berita Harian

Usul UMNO Hulu Terengganu

-

Sokong penuh kepemimpin­an Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri dan Ahmad Razif Abd Rahman sebagai Menteri Besar, Pengerusi UMNO negeri

Minta kerajaan negeri hentikan pembinaan terlalu banyak sekolah IMTIAZ kerana akan terus lebarkan jurang pemisahan akal antara pelajar

Gesa kerajaan sedia, tambah peruntukan untuk kemudahan sukan kepada anak muda, sama ada di bandar atau luar bandar bagi memudahkan usaha menarik mereka bersama dalam UMNO

Menyaranka­n pihak bertanggun­gjawab meningkatk­an peluang ekonomi dan pekerjaan, terutama kepada anak muda Melayu dengan membuka ruang dan peluang, bantu, dorong mereka terus bersaing dengan kaum lain menguasai ekonomi negara

Mengusulka­n semua aspek undang-undang, kawalan, pendidikan berhubung salah guna media sosial diteliti, dikaji semula keberkesan­annya secara agresif

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia