Berita Harian

2 pengurus, 6 kontraktor direman

-

Putrajaya: Lapan lelaki direman lima hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes rasuah membabitka­n projek saluran paip sebuah syarikat minyak dan gas berjumlah RM76 juta di selatan tanah air.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman, mengarahka­n perintah reman ke atas semua suspek iaitu lima lelaki dan tiga wanita berusia antara 35 hingga 60 tahun itu di Mahkamah Majistret di sini, sehingga Selasa ini.

Jurucakap Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkata suspek yang ditahan, termasuk dua pegawai syarikat minyak berkenaan yang berjawatan pengurus dan pengurus projek, manakala selebihnya adalah kontraktor.

Dokumen turut dirampas

“Semua mereka ditahan semalam (kelmarin) di Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Terengganu.

“Kami turut merampas beberapa dokumen bagi membantu siasatan.

“Kes ini dipercayai membabitka­n bayaran rasuah daripada subkontrak­tor kepada kontraktor utama untuk diserahkan kepada pegawai syarikat minyak berkenaan.

“Bagaimanap­un, nilai suapan belum dapat dipastikan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia