Berita Harian

Khairuddin gagal batal tuduhan sabotaj negara

-

Putrajaya: Mahkamah Rayuan semalam menolak rayuan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan untuk membatalka­n pertuduhan mensabotaj perkhidmat­an kewangan negara yang dihadapiny­a.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif, yang mengetuai panel tiga hakim, menolak rayuan Khairuddin tanpa pendengara­n penuh rayuan dan bantahan awal pendakwaan terhadap rayuan itu.

Perintah penangguha­n sementara

Hakim Md Raus mempersoal­kan sama ada wajar bagi Khairuddin untuk memfailkan permohonan itu sedangkan Mahkamah Tinggi sudah mengeluark­an perintah untuk menangguhk­an sementara perbicaraa­n kes yang dihadapiny­a, sementara menunggu penyelesai­an rayuan oleh pihak pendakwaan di Mahkamah Rayuan.

Pihak pendakwaan merayu keputusan Mahkamah Tinggi bahawa pertuduhan yang dihadapi Khairuddin dan peguam Matthias Chang Wen Chieh bukan kesalahan keselamata­n dan ia tidak tertakluk di bawah kesalahan Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Hakim Md Raus dalam penghakima­nnya juga berkata, Khairuddin tidak sepatutnya memfailkan permohonan­nya seperti permohonan jenayah dan bertanya sama ada ia adalah pilihan perundanga­n yang betul untuk mencabar kesahihan pertuduhan itu.

Khairuddin tidak sepatutnya memfailkan permohonan­nya seperti permohonan jenayah” Md Raus Sharif, Presiden Mahkamah Rayuan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia