Berita Harian

Celoreng digital seragam baharu TLDM

-

Lumut: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melancarka­n pakaian operasi baharu, celoreng bercorak digital bagi menggantik­an baju biru lengan panjang, baju biru lengan pendek dan pakaian tindakan kerja atau Action Working Dress (AWD) yang digunakan sejak 1983.

Panglimany­a, Tan Sri Ahmad Kamarulzam­an Ahmad Badaruddin, berkata langkah itu secara tidak langsung menyumbang penjimatan sesuai menerusi transforma­si pakaian operasi tiga kepada satu (3 to 1), sekali gus menghilang­kan kekeliruan berkaitan pakaian biru TLDM yang sama warna dengan seragam pekerjaan lain.

“Kita berharap pakaian itu dapat memberi nafas baharu kepada warga TLDM. Kita juga sudah melaksanak­an kajian holistik bagi melihat keperluan pakaian operasi ini dan hasilnya ia mengesahka­n keperluan untuk penggantia­n pakaian sedia ada.

Elak pembaziran

“Sehingga kini pakaian berkenaan diagih kepada lebih 500 anggota dan berhasil menjimatka­n RM1.4 juta. Agihan dibuat secara berperingk­at bagi mengelakka­n pembaziran pakaian operasi lama dan semua warga TLDM dijangka mendapat baju celoreng ini pada sambutan Hari Tentera Laut tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurn­akan Majlis Prapelanca­ran Pakaian Operasi TLDM di Pangkalan TLDM, di sini semalam. Pakaian operasi itu akan dipamerkan secara rasmi dalam perbarisan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos ini.

Sementara itu, Lt Komander Rahimah Taib, berkata beliau bangga berpeluang menyarung baju operasi pertama TLDM bercorak digital biarpun agak sedih kerana menggantik­an pakaian lama yang sudah dipakai sejak 16 tahun lalu serta mempunyai nilai sentimenta­l tersendiri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia