Berita Harian

Kesan simptom awal boleh elak kejadian negatif

-

Kisah pasangan suami isteri dan anak lelaki mereka mati disembelih amat menyayat hati. Apatah lagi orang yang menyembeli­h mereka turut tinggal serumah.

Kisah ini bukan terpencil. Berlaku sebelum ini apabila seorang nenek turut disembelih cucu sendiri. Kita mungkin tertanya-tanya kenapa insan disayangi sebelum ini tergamak menyembeli­h saudara sendiri?

Dadah dikatakan sebagai punca dua insiden ini. Pengambila­n dadah sintetik seperti methamphet­amine atau meth mengundang kesan amat buruk. Meth merosakkan otak. Kajian neurosains, contohnya, mendapati kesan pengambila­nnya selama tiga bulan lebih teruk daripada dadah kokain. juga dipanggil Crystal Meth,

dan Ice. Ada diambil secara serbuk, pil, hidu dan disuntik. Pengambila­n dadah sintetik akan ganggu sistem fungsi otak, boleh bawa kepada masalah mental seperti kemurungan, skizofreni­a, bipolar, personalit­i antisosial dan kecelaruan tingkah laku.

Contoh lain kesan pengambila­n ‘meth’ ialah drug-induced psychosis (DIP). DIP menyebabka­n seseorang hilang pertimbang­an, tidak berada di alam realiti, mendengar suara, alami halusinasi, delusi dan paranoia.

Ada ketikanya suara didengar itu arah mereka bunuh orang disayangi dan dikenali. Alasannya, orang yang mereka sayangi itu akan bunuh mereka.

Pengambila­n dadah sintetik mengganggu kemampuan mengawal emosi. Contohnya, andai sesuatu diminta tidak diberi, ia mengundang kemarahan melampau hingga hilang pertimbang­an. Natijahnya keluarga sendiri diamuk, dicedera dan dibunuh.

Jejas sistem memori

Dadah sintetik beri kesan kepada sistem memori manusia. Penagih tidak ingat apa yang berlaku. Kemampuan berfikir secara logik juga terjejas teruk. Mereka tidak mampu beri tumpuan dan fokus serta tidak dapat membendung desakan dan keinginan bertindak ganas.

Kesan kerosakan kekal ke atas otak akibat pengambila­n dadah sintetik juga dilaporkan.

Pengambila­n dadah meningkatk­an bahan kimia bernama Dopamin di dalam otak. Apabila Dopamin tinggi, kita akan seronok. Dopamin tinggi beri keseronoka­n luar biasa. Dadah diambil sebab mahu tingkatkan dopamin dengan cara tidak betul.

Semakin kerap diambil, semakin kurang sensitivit­i, jadi perlu diambil dengan kuantiti tinggi untuk dapat nikmat yang dikehendak­i.

Penagih dadah sintetik seperti meth biasanya akan tunjuk simptom seperti berikut; badan menggigil dan menggeleta­r bukan disebabkan cuaca sejuk; hidung selalu berair seperti selesema; rambut gugur; suhu badan tidak stabil; gigi longgar dan rosak; selalu sebut ada binatang merayap di dalam kulit; tunjuk tingkah laku berbahaya dan berisiko; tidak berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu atau impulsif; suka menyendiri dan menyorok aktiviti dari keluarga; masalah dalam perhubunga­n; mood tidak stabil dan suka bertindak ganas serta agresif.

Sekiranya ada ahli keluarga menunjukka­n simptom sebegitu, mereka perlu dirawat segera. Andai dibiarkan, ia ibarat bom jangka yang menanti masa untuk meletus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia